MP DAP terkedu hendak 'pukul' Najib terkena Guan Eng...

Lagi kisah Ahli Parlimen DAP 'terperangkap' ketika perbahasan di Dewan Rakyat penggal ketiga ini, untuk rekod sudah dua kali kejadian kejadian serupa berlaku apabila MP DAP yang ghairah hendak 'pukul curi' semasa perbahasan Dewan Rakyat akhirnya 'terpukul' diri sendiri.
Jika sebelum ini kisah Ahli Parlimen Taiping Nga Kok Ming dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Shabery Cheek.

Kali ini melibatkan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pulak dapat 'paku buah keras' akibat bercakap main sedap mulut sahaja.

Ini berlaku ketika beliau mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyandang jawatan Menteri Kewangan.

Walaupun sasaran Chin Tong ialah Najib namun kritikan tersebut terkena Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Keadaan itu berlaku di Dewan Rakyat pada Selasa apabila Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah membangkitkan bahawa Guan Eng turut memegang portfolio kewangan di Pulau Pinang.

China Press melaporkan, terkejut dengan kenyataan Shamsul Anuar, Chin Tong kelihatan berdiam diri sebentar kerana gagal menjawap soalan wakil rakyat UMNO itu.

Kejadian yang hampir serupa berlaku kali pertama pada 14 Oktober lalu, Nga Kor Ming, Ahli Parlimen DAP Taiping 'terperangkap' juga selepas mempersoalkan RTM berat sebelah tidak bagi liputan kepada pembangkang.

Ini memberi bola tanggung kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Shabery Cheek 'tembak balik' Nga.

Beliau membangkitkan mengenai larangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ( Kerajaan DAP) keatas Utusan membuat liputan.

Katanya Dewan Rakyat tidak pernah melarang mana-mana wakil media membuat liputan sidangnya.

"Itu belum dapat kuasa di sini (kerajaan pusat) pun sudah buat sekatan begitu,"katanya.

Shabery berkata dalam negara rangking kebebasan akhbar terbaik di rantau ini adalah Timor Letse. "Apakah kita nak jadi Timor Letse ..sebagai negara terbaik." beliau bertanya.

Ironinya katanya DAP sentiasa agungkan Singapura sebagai negara yang menjadi contoh...sedangkan kebebasan akhbar di negara itu jauh lebih rendah dari Malaysia.

"Yang menjadi model...yang menjadi pujaan ialah Singapura...itu adalah contoh terbaik tetapi kebebasan medianya bukanlah yang terbaik," katanya.

Menteri itu menambah Singapura mungkin mempunyai sebab tersendiri untuyk menguruskan masyarakat yang aman dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau juga membangkitkan mengenai insiden Ahli Parlimen DAP Kuching, Chong Chieng Jen mempertikaikan peraturan mainkan lagu Negara Ku dalam panggung wayang semasa sambutan Kemerdekaan.

Ahli Parlimen itu kemudian telah menarik balik kenyataannya selepas ramai pihak yang mengecam tindak tanduknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana