Minyak: Ini penjelasan PM...apa jadi jika harga naik balik?

Ramai orang yang terkejut dengan langkah kerajaan menghapuskan subsidi RON95 dan disel dibawah langkah untuk apungkan bahan bakar itu secara terkawal ikut kaedah RON97.

Masa harga minyak turun OK.Soalnya apa jadi jika tiba-tiba harga minyak dunia melonjak naik balik.

Itu antara soalan yang berlegar ekoran pengumuman yang dibuat oleh Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek Jumaat mengenai langkah yang berkuatkuasa 1 Disember ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditemnui wartawan selepas merasmikan MAHA 2014 di Serdang Sabtu telah memberi penjelasan untuk menghilangkan keraguan mengenai langkah berkenaan.

Katanya tujuan utama kerajaan buat pengapungan tekawal minyak itu ialah kerana hendak bagi faedah kepada rakyat dalam keadaan harga minyak dunia semakin menurun.

"Jadi bila ia menurun kita boleh buat pengubahsuaian dgn lebih cepat. Iaitu pada 1hb tiap-tiap bulan kita akan buat pengubahsuaian mengikut pasaran harga dunia dalam bulan yang lalu. Dengan cara itu kita boleh beri manfaat kepada pengguna dan rakyat dengan cara yang lebih pantas lagi.
"Keduanya dgn cara ini kita boleh memindah subsidi yang kita jimat dlm bentuk peruntukan yang lebih utk pembangunan sosio-ekonomi.

"Kita boleh tambah peruntukan utk pembangunan luar bandar, pendidikan, kesihatan dan semua yang melibatkan sektir-sektor berkaitan kesejahteraan rakyat.

"Cuba bayangkan kalau kita boleh jimat antara RM10 ke RM20 billion setahun sudah tentu kita boleh tambah peruntukan dalam sektor-sektor yg lebih penting,"katanya.

Perdana Menteri berkata yang ketiga ketiga kerajaan nak mendidik rakyat memahami bahwa kenaikan atau penurunan harga minyak bukan kehendak kerajaan.

"Jadi jangan kerajaan dipersalahkan waktu harga naik sebab di luar kawalan mana-mana kerajaan mana sekalipun. Ini harga pasaran sedunia. Jadi bila kita didik pasal ini rakyat akan faham. Yang jadi masalahnya apabila kita buat perubahan harga minyak selama ini kerajaan dipersalahkan.

Apapun kata Najib andainya harga minyak naik pada masa akan datang bukan bererti kerajaan mansuhkan subsidi samadekali. Bahkan sekarang ini kita ada subsidi-subsidi lain.

"Kita ada kaedah dan cara nak menolong rakyat kalau sekiranya harga minyak melambung naik,"katanya.

Menurut beliau apa yang penting sekali rakyat kena membiasakan diri dengan keadaan bahawa harga minyak di Malaysia bukan tertakluk kepada kuasa kerajaan.

Ditanya apakah kerajaan yakin harga minyak akan terus turun selepas ini,Perdana Menteri menjelaskan tiada siapa yang dapat buat ramalan itu.

"Kita tanya pelbagai pakar. Tapi macam saya cakap tadi kalau harga minyak turun kita dapat beri rakyat manfaat lebih cepat. Kita pun tak tahu apa yang akan berlaku dalam 10 hari ini.

"Sebaliknya kalau harga terus melambung naik dan rakyat menerima tekanan, kerajaan ada cara-cara lain nak tolong rakyat. Maknanya bukan kita hapus subsidi samasekali. Tidak.

Ditanya pula poasal dakwaan pemimpin pembangkang konon langkah hapus subsidi kerna BN nak bolot kekayaan hasil minyak,Perdana Menteri menilai dakwaan itu cuma untuk mengelirukan rakyat.

"Kita pindah kaedah subsidi daripada subsidi pukal di mana oang kaya dapat lebih, penyeludupan pun berleluasa sepertimana kita tahu berbullion Ringgit kita rugi setahun kerana penyeludupan.

"Lepas itu orang asing yang datang pelancong semua beli minyak daripada kita , jadi yang sebenarnya subsidi minyak ini banyak ketirisannya, banyak kerugian.

"Disamping itu orang kaya dapat lebih daripada golongan berpendaptan rendah. Kita bagi contoh yang bawa kapcai dengan mereka yang gunakan kereta besar. Oleh itu subsidi bersasar lebih besar manfaatnya.

"Maknanya kita tak hapuskan bantuan kepada rakyat melalui subsidi BR1M,subsidi, j buku teks, bantuan persekolahan, insentif nelayan pun dlm bentuk subsidi.Begitu juga perumahan rakyat dan banyak lagi. Pendidikan percuma pun dalam bentuk subsidi. Klinik pun subsidi.

Jadi sesiapa yang dakwa kerajaan menghapuskan subsidi itu adalah tidak benar dan itu satu perbuatan yang nak cuba kelirukan rakyat,"katanya.

Ditanya pula biasanya bila minyak naik harga barang naik. Bagaimana kita nak kawal orang naikkan harga barang ikut suka mereka?

Kata Perdana Menteri sebab itu kerajaan ada cara tertentu.

"Kebanyakan barang asas kita ada kawalan harga. Kedua kita ada akta di mana kalau ada harga terlalu tinggi dan excess profit kita boleh ambil tindakan. Ketiga kita akan buat penyebaran tentang harga secara lebih meluas.

"Bermakna kedai yang naikkan harga tak berpatutan pengguna jangan beli. Jangan pergi kedai berkenaan. Itu caranya. Kalau pengguna itu pengguna bijak. Jadi mereka yang tak bertanggungjawab itu akan tahu bahawa kalau mereka dengan sewenang-wenangnya naikkan harga maka kesannya pengguna tak akan beli dari kedainya.

"Kita ada kedai 1Malaysia dan klinik 1Malaysia yang kita akan tambahkan rangkaiannya,"katanya.

Ditanya pula tentang cadangan mengunakan Mykad untuk subsidi minyak bagi golongan berpendapatan rendah ,Perdana Menteri menjelaskan ia tidak boleh dilaksanakan dibawah pengapungan terkawal minyak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana