Lepas panjat lori sampah ... Azmin spray Shelltox pulak

Ini yg dinamakan pemimpin2 yg bergeliga otak sampai boleh buat batu cincin ... Apabila statistik demam denggi di Selangor mencanak naik terus Exco Kesihatan Negeri Selangor YB Dr Daroyah syorkan diadakan semburan racun serangga kepada bas sekolah.

Mungkin selepas ini setiap kereta akan disyorkan sembur dulu dengan racun serangga sebelum memandu. Suatu idea yang cukup hebat yang tidak pernah terfikir oleh manusia biasa sebelum ini.

Baru tahu rupa-rupanya bas sekolah adalah tempat pembiakan nyamuk yang paling nombor satu. Kini rasanya semua PBT tidaklah bersusah payah lagi nak bersihkan tempat nyamuk aedes membiak sebab cara membasmi dan mencegahnya di Negeri Selangor sudah pun ditemui.

Harap-harap selepas ini penyakit demam denggi di Negeri Selangor akan terus merudum menjadi negeri paling sedikit mengidap deman denggi di negara ini. Semoga cara dan idea ini di patentkan ... jadi kalau mana-mana negeri nak guna pakai cara ini perlu terlebih dahulu mohon izin dengan kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali dan kalau boleh tidak perlu bayar apa-apa royalti atas semangat ehsan dan kemanusiaan.

Tahniah sekali lagi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor jaga portfolio Kesihatan YB Dr Daroyah Alwi atas idea yang cukup brilliant dan luar biasa ini !

Kepada YAB Dato' Menteri Besar, jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi turun lapangan melakukan semburan selepas menyembur di bendang tempoh hari.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana