Lagi kenyataan celupar pemimpin DAP terhadap Haji Hadi

Ketika rata-rata pemimpin PAS mengambil sikap kunci mulut berkaitan isu melibatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng,  pemimpin DAP terus mempertahankan bos mereka dan menyerang secara terbuka Haji Hadi.
Pada Rabu, pemimpin DAP Pusat Gobind Singh Deo menyerang Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berani mempertahankan Haji Hadi dengan memberi amaran supaya Timbalan Menteri Besar Kelantan lebih berhati-hati daripada menuduh DAP.

DAP kata beliau menggesa Hadi hadir dalam mesyuarat itu demi kebaikan gabungan tiga parti PKR-DAP-PAS itu.

"Beliau nampaknya tidak faham perkara mudah. Jika tidak ada pertemuan yang bermakna, kewujudan Pakatan Rakyat hanya sekadar khayalan. Ini bukan isu kecil. Ini isu yang cukup serius. Ia melibatkan (kerjasama) dalam Pakatan.

"Kami dalam DAP telah beberapa kali mengulangi bahawa sekiranya Pakatan mahu berfungsi untuk berjaya, mesti mempunyai usaha serius dari semua parti komponen yang terlibat.

"Jadi tidak salah meminta beliau (Hadi) hadir dalam mesyuarat, jika keputusan yang hendak diputuskan demi masa depan Pakatan," katanya dalam satu kenyataan petang Rabu.

Semalam Mohd Amar dilapor mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS dan mengalu-alukan parti itu meninggalkan Pakatan jika tidak senang dengan parti Islam itu.

Timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu juga berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu.

Berhubung kenyataan Hadi bahawa terpulang kepadanya untuk hadir ke mesyuarat itu ataupun tidak, Gobind menyifatkan sikap itu sebagai "langsung tidak hormat" kepada rakan komponen dan rakyat Malaysia.

Gobind yang juga ketua Biro Undang-undang DAP berkata sikap tersebut berulang ketika kemelut menteri besar berlaku.

"Kami bukan menjatuhkan Hadi secara peribadi, tetapi daripada apa yang kami perhatikan sebelum ini, jelas PAS ditadbir oleh seorang lelaki, namanya Hadi.

"Beliau sahaja boleh mengatasi sesiapa saja dalam parti itu," katanya.

Anak lelaki kepada mendiang Karpal Singh itu turut menegaskan mesyuarat yang diadakan tidak bermakna jika individu utama tidak endah soal kehadiran dan semua perbincangan yang diputuskan tidak bermanfaat pada akhirnya.

Serangan DAP terhadap PAS bermula dengan kenyataan Guan Eng dalam Konvensyen DAP yang mendedahkan Haji Hadi tidak hadir mesyuarat Pakatan.

Kenyataan tersebut kemudiannya dibalas oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapa ALi bahawa Guan Eng lebih kerap ponteng mesyuarat dari Haji Hadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana