Kes buli: Yusuf Haslam kecewa dengan tuduhan Wardina...Wardina Ini Berlagak Pandai Saja

SHAH ALAM: Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam melahirkan rasa kecewanya terhadap Wardina Safiyyah yang menyalahkan penggiat seni kerana menghasilkan filem bercorak keganasan dan gangster.

Pemilik syarikat penerbitan, Skop Production ini berkata Wardina tidak sepatutnya berkata demikian, dan menasihatkannya supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

"Gunakanlah akal fikiran yang waras sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan terlalu lantang menyalahkan orang lain dalam apa jua isu yang timbul.

"Setiap kali menghasilkan filem, kami tidak berniat untuk menyebarkan benda yang bukan-bukan kerana di sebalik kisah yang dipaparkan, ada mesej yang ingin disampaikan. Malah, selain filem gangster, saya juga menghasilkan filem bercorak kepolisan.

"Kenapa apabila ada isu sebegini, kami yang dipersalahkan dan filem tempatan 'ditunjal' tanpa perkiraan? Sekiranya anda bukan berada di tempat kami, fikir dahulu sebelum berkata apa-apa perkara yang boleh membawa kepada keburukan," tegasnya.

Tambah penerbit filem, KL Gangster ini, seharusnya kesalahan ini tidak diletakkan di bahu industri memandangkan jumlah penonton di pawagam hanyalah sekitar dua peratus sahaja.

Kata Yusuf lagi, banyak lagi perkara lain yang boleh mempengaruhi masalah buli yang semakin menjadi-jadi di negara kita ini.

"Sejujurnya, kes buli bukanlah perkara baharu dalam masyarakat kita kerana zaman persekolahan saya lagi, perkara ini sudah ada. Malah saya lihat dengan mata saya sendiri apabila ada pelajar di sekolah dibuli dengan teruk.

"Pada hari ini, sejajar dengan teknologi yang semakin canggih, filem bukanlah dilihat sebagai medium utama untuk mempengaruhi minda remaja kerana jumlah tontonan di pawagam lebih rendah berbanding pelayar di Internet yang mencapai 70 peratus.

"Lihatlah video-video yang disebarkan di Facebook, Youtube dan laman perkongsian video lain, malah video pembunuhan serta pemberontakan di negara-negara bergolak juga. Itu semua boleh menyumbang kepada gejala buruk termasuk penyebaran video lucah. Adakah ini kerana filem kita?," soal ikon seni ini lagi.

Terdahulu Wardina yang meluahkan rasa marahnya di laman sosial Facebook dan meletakkan kesalahan kes buli pelajar di sekolah berpunca daripada segelintir penggiat seni yang lebih berminat dalam menghasilkan filem bercorak keganasan dan gangster.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana