Kerajaan jangan diktator terhadap mahasiswa...Cakap Tak Serupa Bikin

Inilah YB PAS yang tak sedar diri....baik cermin muka diri sendiri dulu.Ingat dulu dulu siapa yang kecoh pasal anaknya...bukan kah kerajaan Barisan Nasional inilah yang banyak menolong selama ini.sesedap mulut saja cakap Diktator.Kalau kerajaan Diktator kau tak dapat jadi YB Sampai hari ini.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak perlu menggunakan sistem diktator bagi mengekang kebebasan bersuara mahasiswa dan juga pensyarah universiti kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Jelasnya, perkara ini merupakan satu perkara yang amat menyedihkan memandangkan negara kita bakal mencapai status negara maju, tetapi amalan seperti ini masih diamalkan oleh pihak  pemerintah.

"Insiden ini awalnya bermula dengan Adam Adli dan Safwan Anang. Mereka dihukum 12 bulan dan 10 bulan dan kini mereka sedang merayu. Pihak universiti bukannya nak mendengar, tapi mereka nak memanjangkan pula dan menambah hukuman ini. Di manakah masa depan
mereka?," soalnya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Jelasnya lagi, tindakan kerajaan yang menyekat 'suara' dan pendapat para pensyarah juga menunjukkan ia sebagai satu langkah yang primitif.

"Mereka hanya menyatakan pendapat mereka, tetapi kenapa mereka telah dikenakan Akta Hasutan 1948. Bagaiamana perkembangan ilmu hendak berlaku? Hingga tidak ada kebebasan untuk mengajar, dan hingga ada peristiwa yang berlaku seperti padam lampu di kampus dan mengunci pintu," katanya.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen dari Pas  itu lagi berkata, kini graduan pula dikejar supaya mereka menjelaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka.

"Dapat dilihat, graduan yang baru sahaja bergraduasi terus diberikan tekanan. Kenapa graduan diberikan pendakwaan terpilih?" soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana