Kelakar Lah....Kit Siang Tuntut Jawapan Najib Sebelum Sidang Parlimen Berakhir

Jangan jadi herolah Lim Kit Siang...cuba tengok cermin diri dulu sebelum nak ajar orang lain.Parti DAP pun tak selesai selesai lagi masalahnya.

KUALA LUMPUR 22 Nov - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab tiga perkara penting sebelum sidang Parlimen berakhir Khamis ini, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Tiga perkara tersebut adalah Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Sabah, kertas putih ancaman militan Negara Islam (IS) melibatkan rakyat Malaysia dan kenyataan menteri berhubung skandal berbilion ringgit 1MDB.

“Jika laporan RCI PATI di Sabah tidak dibentangkan kepada Parlimen minggu depan, ia bermakna tidak ada kemahuan politik untuk menyelesaikan masalah itu.

“Penubuhan RCI hanya tipu muslihat pilihan raya untuk mendapatkan undi dari penduduk Sabah dan malangnya ia berjaya dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bulan lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kampar Dr Ko Chung Sen kertas putih mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti IS sedang disediakan kerajaan.

Zahid mendakwa sejak Disember 2001, 167 rakyat Malaysia telah terlibat dalam aktiviti militan di luar negara termasuk 39 yang berjuang untuk IS di Iraq dan Syria.

Mengulas perkara itu, Kit Siang menyatakan ia perlu dikemukakan segera berikutan dua perkembangan terkini berhubung aktiviti keganasan rakyat Malaysia.

“Pertama, Malaysia tersenarai antara 50 negara di dunia dalam Indeks Keganasan Global 2014. Kita sepatutnya menjadi salah satu daripada 40 negara yang tidak mempunyai masalah dengan keganasan. - Roketkini.com

“Kedua, penangkapan seorang lelaki dan dua wanita oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Sabtu lalu kerana terlibat dengan aktiviti keganasan kumpulan militan IS.

“Pembentangan kertas putih menjadi lebih penting berikutan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa pejuang ISIS Malaysia pulang untuk menyebarkan ideologi militan di negara ini,” ujarnya.

Kit Siang turut mengulangi gesaannya kepada Najib, supaya kenyataan parlimen mengenai skandal 1MDB dibuat untuk menunjukkan bahawa beliau tidak cuba menutup pertanyaan awam dengan mengancam tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

“Najib tidak perlu mencela orang yang tidak bersalah (shoot the messenger) hanya kerana mesejnya menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan penuh mengenai skandal 1MDB.

“Jika beliau memiliki komitmen penuh dengan bertanggungjawab, telus dan mengamalkan tadbir urus baik, apa yang perlu dilakukan adalah mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen kedua-dua parti (BN, PR) mengenai 1MDB.

“Ia bagi memastikan tidak ada tipu muslihat berhubung penglibatan atau sokongan kerajaan dalam urusan 1MDB,” tegas Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana