Kanak-kanak lemas bot laju terbalik di Kuala Berang,Hulu Terengganu.

KUALA BERANG: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun lemas selepas bot laju dinaiki terbalik di Sungai Lawit di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Mohd Daniel Rosapawi, yang menaiki bot berkenaan bersama bapa saudara dan tiga sepupunya ditemui lemas selepas kira-kira 15 minit bot berkenaan terbalik.

Nenek mangsa, Che Samariah Omar, 59, berkata dia bersama mangsa dan hampir 40 ahli keluarga lain menaiki dua rumah bot, sebelum berlabuh di Sungai Lawit kira-kira jam 6 petang semalam.

Katanya, kira-kira jam 10 pagi tadi, mangsa bersama bapa saudara dan tiga sepupu mahu mandi manda, sebelum menaiki bot laju untuk ke lokasi sesuai.

"Bagaimanapun, selepas kira-kira 50 meter meninggalkan rumah bot, bot laju berkenaan tiba-tiba terbalik menyebabkan semua mereka tercampak ke dalam air.

"Tidak lama kemudian, semua mereka yang memakai jaket keselamatan menemui Mohd Daniel sudah tidak bernyawa tidak jauh dari tempat kejadian," katanya pilu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana