Jangan Tergesa-Gesa Pertikai Fatwa, Fahami Dulu - Sultan Selangor

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru agar umat Islam tidak tergesa-gesa mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) itu tanpa memahami kepentingannya.

Baginda bertitah, umat Islam perlu yakin dengan penuh ikhlas, bersatu fikiran untuk memahami segala ajaran Islam kerana ia mengatasi ideologi dan kepentingan politik.

"Beta menyeru umat Islam janganlah tergesa-gesa mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan tanpa memahami dengan sepenuhnya ( fatwa berkenaan).

"Sesuatu fatwa bukan hanya dibuat atau ditentukan oleh mufti sahaja tetapi ia dibuat melalui Jawatankuasa Fatwa yang terdiri daripada alim ulama dan juga mereka yang mahir dalam bidang perundangan," titah baginda pada majlis perasmian Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah & Seminar Kanun Jenayah Syariah di Dewan Jubli Perak di sini pada Khamis.

Sultan Sharafuddin bertitah, sikap bersederhana dan teliti dalam membuat perancangan adalah penting dalam konteks kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama.

"Beta tidak mahu keamanan, perpaduan dan pembangunan yang telah kita bina dan pertahankan ini hancur atau dimusnahkan oleh mereka yang bersikap melampau  dan hanya disebabkan kejahilan  atau dipengaruhi hawa nafsu serta unsur-unsur ekstremis dari luar.

"Keterbukaan minda dalam menerima pandangan orang lain, adalah cara terbaik untuk membina dan memupuk perpaduan umat Islam dan menjaga perhubungan kita dengan mereka yang bukan Islam," titah baginda sebagai mengulas tindakan Sister In Islam (SIS) yang memfailkan semakan kehakiman kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan Jawatankuasa Fatwa Mais mengharamkan pertubuhan itu.

Justeru itu, baginda menyeru umat Islam supaya bersatu padu dan menjaga kesucian agama Islam serta mengeratkan lagi silaturahim agar agama suci ini menjadi lebih kukuh dan tidak mudah dipermainkan.

"Beta juga menyeru umat Islam tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang boleh memesongkan akidah kita terhadap agama Islam," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah supaya umat Islam memahami undang-undang Islam serta aspek hubungan sejarah serta kaitannya dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain di peringkat Persekutuan.

"Jika tidak ia akan menimbulkan ancaman kepada keamanan, keharmonian dan keselamatan negara.

"Beta menyatakan demikian supaya tidak mahu wujud sebarang pertelagahan dan perbalahan sesama umat Islam dalam pelaksanaan urusan agama sehingga maruah agama Islam jatuh, mudah dipersenda dan dipertikai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," titah baginda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana