JAKIM, JAIN, SKMM wujud unit khas pantau isu hina Islam..

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewujudkan unit khas untuk memantau isu memfitnah dan menghina Islam, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pemantauan itu membabitkan khususnya media baharu.

Bernama melaporkan Jamil berkata sebarang maklumat berkaitan penghinaan Islam yang disebarkan melalui media baharu, JAKIM dan JAIN akan mengemukakannya kepada SKMM bagi tujuan menyekat daripada terus tersebar.

"Sepanjang 2013, sebanyak 39 laman web yang didapati menghina Islam telah dikenakan tindakan sekatan oleh SKMM," katanya ketika menjawab soalan lisan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam).

Fasiah ingin tahu langkah kerajaan menyekat tindakan memfitnah, menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW termasuk dari segi akidah dan amalan ibadah di kalangan bukan Islam yang menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana