JAIS Larang Wan Ji Beri Ceramah Di Selangor...Padan Mukanya

SHAH ALAM 21 Nov - Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin diarahkan untuk tidak memberi kuliah atau ceramah di surau atau masjid sekitar Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Arahan JAIS itu dikeluarkan menerusi surat pekeliling yang menjelaskan Wan Ji tidak mempunyai tauliah atai permit untuk mengajar agama di negeri tersebut.

"Dimaklumkan jabatan ini melarang Wan Ji Wan Hussin untuk mengajar/berceramah di mana-mana tempat kerana tidak mempunyai tauliah mengajar/berceramah," kata surat yang ditandatangani Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Larangan itu berkuatkuasa serta merta mulai tarikh surat iaitu pada 11 November.
Ia dihantar kepada semua nazir atau pengerusi masjid dan surau seluruh negeri Selangor.

Dalam surat yang bertajuk "Pekeliling larangan menjemput Wan Ji Wan Hussin untuk berceramah di masjid/seurau seluruh Selangor" itu, Jais memberikan alasan semua penceramah perlu mendapatkan tauliah sebelum mengajar.

"Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara tentang Islam tanpa tauliah yang diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh 2 tahun atau kedua-duanya," kata surat itu.

Wan Ji, 32, ditahan di kediamannya di Shah Alam kira-kira jam 2 pagi 10 September lalu mengikut Akta Hasutan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Selangor di Shah Alam.

Wan Ji sebelum itu dilaporkan mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi berkaitan agama Islam dan institusi diraja.

Sebelum tindakan diambil oleh Jais, beberapa masjid dan surau yang dikuasai golongan yang tidak senang dengan cara beliau yang dilihat liberal sudah mula bertindak ke atasnya.

Mereka tidak membenarkan Wan Ji mengajar atau membatalkan jadual kuliah penceramah yang mendapatkan ilmu agama dari Pakistan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana