Inilah Kerja PR....Bagi Admin Saman Saja...Mangkuk Ni....Pembangkang: Naik Tarif Elektrik Untuk Bayar Hutang 1MDB

KUALA LUMPUR 20 Nov - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kerajaan akan menaikkan tarif elektrik pada masa akan datang sebagai langkah menyelamatkan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari bebanan hutang.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua (DAP) berkata, 1MDB diberikan tiga kontrak pengeluar tenaga bebas (IPP) sebelum ini merangkumi loji arang batu bernilai RM11 bilion serta dua loji kuasa solar 50 MW dam 2,400 MW.

"Sebuah akhbar perniagaan melaporkan 1MDB boleh jadi diberi dua lagi kontrak IPP tahun depan.

"Apabila saya bertanya menteri tentang kadar tarif bagi ketiga-tiga kontrak, beliau berkata, ia masih belum ditetapkan. Bagaimana boleh setuju dengan kontrak itu kalau tarifnya sendiri belum ditetapkan?" katanya yang dipetik Malaysian Insider.

Jelasnya, 1MDB akan bebas dari hutang sekiranya syarikat tersebut mengenakan tarif elektrik tinggi bagi menjana pendapatan.

"Jadi, pada dasarnya ia 'bailout' awam. Orang ramai harus membantu 1MDB menjana pendapatan dengan membayar kadar elektrik yang lebih tinggi supaya ia dapat membayar hutangnya," kata Pua lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menegaskan kepentingan kerajaan untuk campur tangan dalam masalah 1MDB bagi mengelakkan bebanan dialih kepada rakyat.

"Tetapi apabila itu berlaku, pasaran akan bertanya sama ada kerajaan boleh membayar hutang ini atau tidak.

"Jika pasaran hilang keyakinan terhadap kerajaan bagi membayar hutangnya, ia akan mencetuskan kejatuhan ekonomi. Inilah sebabnya mengapa 1MDB membawa kesan yang teruk kepada negara ini," kata Rafizi.

Masalah kewangan 1MDB mendapat liputam luas media tempatan dan antarabangsa, termasuk mengenai ketidakmampuannya membayar ansuran hutangnya dan kurangnya ketelusan tentang operasinya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL