Guan Eng kesal gesaan kepada Hadi disalah tafsir pemimpin PAS...DAP Tak Boleh Pakai Cakapnya

SHAH ALAM: DAP membidas pimpinan PAS kerana bersikap negatif dan gagal memahami kepentingan desakannya supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri mesyuarat pimpinan pusat Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sejak DAP secara terbuka mendesak Hadi menghadiri semua Mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, pemimpin PAS memberikan respon yang negatif.

Katanya, jelas sekali PAS terlepas pandang bahawa niat sebenar Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP adalah untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan, bahawa semua parti komponennya berpegang kuat pada janji serta komitmennya.

“Ini adalah permintaan yang mudah kerana Hadi adalah satu-satunya kuasa utama dalam PAS yang berupaya untuk membuat keputusan serta memilik kuasa veto penuh terhadap sebarang keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Pusat PAS.

“Ini membuat kehadiran Hadi dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan amat wajib bagi membolehkan ia berfungsi secara senada sebagai satu perikatan, di samping menentukan dasar yang padu dan serasi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Guan Eng berkata, beliau kesal pemimpin-pemimpin PAS cuba mengalih pandangan dengan mendakwa Pakatan boleh berfungsi tanpa Hadi dan mengeluarkan kenyataan tidak benar bahawa kehadiran beliau dalam Mesyuarat Pakatan adalah lebih rendah berbanding Ahli Parlimen Marang itu.

“Pemimpin Pakatan patut memeriksa fakta mereka sebelum membuat kenyataan Hadi menghadiri lebih banyak mesyuarat daripada saya,” tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana