DAP terus usik Haji Hadi...DAP gelabah Kot

Nampaknya isu ini belum lagi boleh tutup buku.Bagi DAP selagi tidak nampak batang hidung Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang melangkah masuk hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat selagi ia akan terus memekak.
Kalau sebelum ini kenyataan-kenyataan mempersoalkan Hadi ponteng mesyuarat-mesyuarat penting berupa suara individu pimpinan DAP kali ini parti itu sendiri membuat kenyataan rasmi.

Rabu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan memberitahu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (DAP) menggesa Hadi supaya hadir mesyuarat.

Ini katanya untuk menjadikan Pakatan Rakyat berdaya maju kerana Pakatan adalah gabungan tiga parti, PAS, PKR dan DAP.

Bukan setakat itu malah mereka sanggup menunggu sehingga beliau boleh menghadiri mesyuarat tersebut.

Guan Eng berkata, kehadiran Hadi dalam mesyuarat tersebut adalah wajib kerana beliau adalah kuasa tertinggi yang boleh membuat keputusan dalam PAS.

Sebelum ini Guan Eng dan Anthony Loke yang paling vokal bersuara mempersoalkan ketidakhadiran Hadi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali telah membalasnya dengan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu pun lebih kerap tidak hadir mesyuarat berbading Hadi.

Hadi yang ditemui wartawan ketika hadir sebentar sidang Parlimen Isnin kata beliau kini kurang aktif sejak dirawat di hospital di Istambul Mei lalu kerana alami sesak nafas ketika dalam lawatan ke situ.

Kalangan pemerhati menilai Presiden PAS itu 'cukup lain macam' sejak krisis Menteri Besar Selangor dimana parti itu berlaga angin secara terbuka dengan PKR dan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana