DAP 'bergasak' dengan PAS dalam pemilihan jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor

Sudah terang lagi bersuluh. Nampaknya pekung 'perang' antara DAP dan PAS di Selangor sudah tidak dapat ditutup lagi.

Rasa tidak puashati antara satu sama lain ekoran krisis Menteri Besar Selangor melarat hingga ke pemilihan jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Satu dunia tahu jawatan yang dulunya dipegang oleh Nik Nazmi Ahmad ADUN PKR yang kini dilantik Exco Kerajaan Negeri sudah dipersetujui dan dikhaskan untuk ADUN PAS.

Ini sebagai ganti kuota PAS ahli Exco PAS yang sudah dipotong dari empat orang jadi tiga orang saja.

Namun bila pengundian hendak dibuat di DUN Selangor hari ini DAP telah pasang calon sendiri yakni ADUN Sekinchan Ng Swee Lin.

ADUN PAS Bangi Dr Mohd Shafie Ngah dicadangkan oleh ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad.

UMNO yang ada 12 ADUN tidak sertai pengundian.

Sebelum sesi undian dijalankan, Ketua Pembangkang Datuk Shamsuddin Lias memberitahu dewan negeri bahawa semua ADUN BN tidak mahu mengambil bahagian dalam sesi pemilihan itu.
Dalam pengundian yang dibuat secara sulit Shafie cuma dapat 28 undi saja manakala 14 ADUN Pakatan lain tidak sokong.

Dipercayai semua 14 ADUN Pakatan yang tidak sokong Shafie ialah dari DAP.

PAS ada 15 ADUN manakala PKR 13 ADUN.

DAP ada 15 ADUN. Namun seorang darinya Hannah Yeoh ialah Speaker Dewan Undangan Negeri yang tidak boleh undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana