DAP BAGI TEKANAN MENTAL & FIZIKAL KEPADA HADI

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menasihati DAP agar tidak mengeluarkan kenyataan berunsur paksaan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mahfuz dilaporkan Malaysiakini berkata DAP tidak perlu mengenakan tekanan untuk memaksa Hadi yang berada dalam keadaan uzur untuk ke mesyuarat Pakatan Rakyat.

“Saya harap rakan-rakan DAP harus berhati-hati dalam buat kenyataan.

“Dia (Hadi) mempunyai alasan kesihatan (kerana tidak hadir ke mesyuarat),” kata MP Pokok Sena itu sewaktu ditemui pemberita di bangunan Parlimen.

Menurutnya, PAS sendiri tidak pernah memaksa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk sentiasa hadir ke sidang Dewan Rakyat.

“Kita tak gesa pun Lim Guan Eng hadir ke Parlimen. Kenyataan begitu tidak begitu cermat. Harap DAP beri perhatian kepada perkara ini,” katanya lagi.

Beliau merujuk kepada gesaan terkini DAP yang meminta agar Hadi hadir ke mesyuarat Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Razali menyarankan Guan Eng supaya ‘berpuasa’ daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak baik terhadap Hadi.

“Kenapa isu ini dibangkitkan? Ini salah satu siri serangan kepada presiden bukan sahaja daripada Guan Eng tetapi MP dalam kalangan PAS sendiri mempertikaikan presiden. Ini satu agenda yang tidak baik,” katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Rakyat, lapor FMT.

Mohd Khairuddin juga turut menyifatkan desakan supaya Hadi meletak jawatan sebagai Presiden PAS hanyalah ‘suara anak-anak nakal’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana