Chegu Bard Apa Lagi...Kau Tu Terhegeh Hegeh Kena Pecat Buat lah Kena Pecat

KUALA LUMPUR 19 Nov - Keadilan Rakyat (PKR) dituntut supaya membuktikan bahawa parti itu benar-benar mengamalkan sistem perundangan sebagaimana yang diputuskan oleh Biro Politik dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berhubung krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor.

Ahli PKR yang digantung keahliannya Badrul Hisham Shaharin berkata, krisis tersebut telah menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan ahli PKR dan rakyat apatah lagi dengan kewujudan Surat Akuan Sumpah (SD) membabitkan Naib Presiden parti sendiri.

"Saya mempunyai surat akuan bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas Dr. Xavier Jayakumar. Beliau secara jelas menyatakan bahawa mengesahkan menarik balik sokongan kepada Dr. Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Saya akan menyerahkan dokumen asal kepada parti dan mahu melihat PKR ini benar-benar mengamalkan 'rule of law' atau mempunyai dua set undang-undang yang berbeza. Orang biasa macam 'Chegu Bard' bising, digantung keahliannya. Ahli biasa, dipecat tetapi kelompok tertentu kamu pelihara walaupun membuat kesalahan. Ini merupakan pelanggaran arahan parti yang diputuskan oleh Biro Politik dan mesyuarat MPP."

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Hadir sama anggota PKR Cabang Hulu Selangor Megat Khairul Anuar Razali.

Sehubungan itu Badrul Hisham atau dikenali sebagai 'Chegu Bard' mencabar parti supaya memecat Xavier daripada memegang jawatan sebagai Naib Presiden PKR berikutan gagal patuh pada arahan parti yang mahukan Presiden PKR Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

"Kamu pecat Tan Sri Khalid kerana tidak ikut arahan parti. Namun akhirnya keluar surat ini dan Xavier memberitahu kepada umum bahawa beliau telah membuat laporan polis. Setelah carian dibuat menggunakan pengenalan nama Xavier, kita tidak menjumpai laporan polis berkenaan. Persoalannya, dimana laporan polis dibuat? Saya tidak pasti (SD) ini betul atau tidak namun masih belum ada penafian konkrit daripada Xavier.

Jika surat ini benar maka Xavier juga perlu dipecat termasuk 4 (pemimpin PKR) yang lain. Jika parti tidak membuat pendirian ataupun sekiranya SD ini palsu maka beritahu kepada pemberita bahawa surat yang saya dedahkan ini adalah palsu seterusnya saya akan menyerah kalah. Jika diam, maka apa yang berlaku apabila Xavier dilantik sebagai Naib Presiden parti adalah sebagai 'bayaran' kepada dia setelah 'kawtim' isu ini." tegas beliau.

Terdahulu Chegu Bard memberitahu bahawa beliau telah menerima beberapa kiriman email dan surat mengenai usaha-usaha Mohamed Azmin Ali dalam melobi diri sendiri menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Pakatan Rakyat (PR) telah bersetuju secara bertulis bahawa hanya ada satu calon Menteri Besar sahaja. Bagi meyakinkan pihak Istana maka ditandatangani surat akuan bersumpah. PKR, DAP dan PAS menyokong penuh Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Rupanya selepas itu ada usaha mengumpulkan orang dan menyuruh mereka supaya menandatangani (akuan) lain untuk menarik sokongan kepada Dr. Wan Azizah. Justeru itu Istana diserang kerana dikatakan tidak mengikut kehendak rakyat," ujar beliau.

Xavier dikatakan menandatangani Surat Akuan Sumpah berkenaan pada 11 September 2014 yang lalu. Antara kandungan surat berkenaan dengan jelas menarik balik sokongan kepada Presiden parti.

"Saya mengesahkan bahawa saya menarik balik surat akuan sokongan kepada Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor pada 14 Ogos 2014 yang lalu. Oleh kerana surat sokongan tersebut adalah dibuat diatas dasar paksaan oleh pihak pemimpin atasan Parti Keadilan Rakyat,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana