Bekas kakitangan PHSB yang dipecat Khalid selar pemberian pampasan RM2.6 juta....

SHAH ALAM : Kesemua 22 bekas kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holdings melahirkan rasa terkilan di atas pemberian pampasan bernilai RM2.6 juta yang dianggap luar biasa terhadap lapan pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Datuk Seri Dr Alif Aiman Abdullah, jurucakap kepada bekas kakitangan yang dipecat mantan Menteri Besar Selangor itu mempersoalkan bagaimana peruntukan dengan jumlah begitu besar boleh diluluskan, sedangkan Khalid memberi alasan pemberhentian mereka pada Februari lalu sebagai mahu menjimatkan perbelanjaan negeri.

"Kami ingin menyatakan kesedihan kami dan kekecewaan yang amat sangat sekiranya berita tersebut didapati benar yang dilaporkan bahawa hal tersebut tidak mengikut prosedur yang betul dan kini dalam siasatan.

"Pentadbiran Selangor di bawah Khalid dengan tergesa-gesa sanggup menamatkan perkhidmatan kami yang berjumlah 19 orang atas alasan kononnya 'langkah penjimatan' tetapi dengan sewenang-wenang memberikan pembayaran pampasan dengan jumlah yang sangat besar kepada hanya lapan orang pembantunya.

"Sewaktu pembantu Khalid menerima pampasan sebegitu besar, kami bekas kakitangan PHSB masih lagi menunggu penyelesaian yang adil dan saksama kepada kemelut ini, walaupun kesengsaraan kami dan keluarga masih berterusan semenjak 2 Februari lalu," ujar Dr Alif dalam satu kenyataan medianya.

Melalui satu pertemuan yang diatur antara Dr Alif dan Antarapos bulan lalu, beliau mendedahkan kesukaran kesemua bekas kakitangan PHSB untuk mendapat pekerjaan yang baru.

Paling malang, ada di kalangan mereka masih berbaki 20 bulan kontrak, namun tetap dipaksa berhenti dengan hanya pampasan dua bulan gaji sahaja.

Dr Alif merupakan bekas pengurus pemasaran di PHSB dan rakan-rakannya yang lain merupakan daripada golongan profesional dengan mempunyai pengalaman bekerja di luar negara.

Rata-rata mereka pulang ke tanah air bagi menyumbang khidmat di tanah air.

Kesemua mereka diserap masuk ke PHSB kerana PKNS tidak mempunyai kepakaran tertentu untuk mencapai objektifnya.

Pemecatan drastik bekas kakitangan itu diluluskan Khalid dengan mendakwa mengelakkan pertindihan tugas sekaligus tidak memperbaharui kontrak mereka.

Perkembangan terkini nasib bekas kakitangan itu menyaksikan kes mereka ini akan dibicarakan di Mahkamah Perusahaan pada 2 Disember depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana