Bakal Mahasiswa Perlu Hargai Bantuan Kerajaan - Shafei Abdullah

WANGSA MAJU 14 Nov - Bakal penuntut universiti di negara ini perlu bersyukur kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan mudah tanpa perlu menghadapi sebarang kesusahan atas pelbagai insentif dari pihak kerajaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah berkata, jika hendak dibandingkan semasa zaman dahulu, ibu bapa dan keluarga terpaksa menggadaikan harta bagi melihat anak-anak mereka berjaya di menara gading.

"Saya ingin ingatkan betapa beruntungnya golongan muda sekarang, di zaman dahulu, bila tawaran ke institusi lebih tinggi diterima semasa itu, ibu dan bapa akan pening kepala, sehingga ada ibu dan bapa yang mendoakan anak mereka tidak lulus supaya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak mereka boleh terus bekerja.

"Kerana ada ibu bapa zaman dahulu yang merasakan jika anak mereka dapat sambung belajar maka tanggungjawab tidak habis, mereka terpaksa jual dan gadaikan pelbagai aset untuk memastikan anak mereka masuk universiti.

"Tidak seperti sekarang, keluarga tidak perlu risau, kerana terdapat pelbagai bantuan yang ditawarkan pada masa sekarang," katanya pada Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) di sini hari ini.

Shafei menjelaskan, atas sebab itu, bakal-bakal penuntut perlu sedar dan tidak mudah 'lupa diri' serta terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang yang telah mula menular di peringkat universiti.

Katanya, tidak salah untuk pelajar-pelajar menceburkan diri dengan pelbagai aktiviti luar, tetapi mereka disarankan agar fokus kepada matlamat asal untuk belajar dan mencapai cita-cita mereka.

"Ada pelajar, bila masuk universiti mereka lupa diri, contohnya aktivis mahasiswa, Fahmi Zainol yang memberontak sehingga sanggup melakukan huru-hara dengan memecahkan pagar universiti baru-baru ini.

"Jangan terlampau terlibat dengan dunia luar sehingga kita terlupa matlamat asal kita menyambungkan pelajaran, jangan terlalu ghairah dengan politik seperti yang dilakukan oleh Fahmi kerana ia akan membebankan ibu bapa kita," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana