BAJET SELANGOR : KHALID BIDAS AZMIN ALI.....LEPAS GERAM

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas pengganti beliau, Mohamed Azmin Ali bahawa bajet Selangor yang dibentangkan sejak enam tahun lalu tidak pernah defisit.
Katanya, ia disokong oleh Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan negeri itu sentiasa mencatat lebih pendapatan hasil daripada pengurusan kewangan yang baik.

Beliau menjelaskan, walaupun pentadbiran terdahulu memohon perbekalan tambahan setiap tahun sejak 2008, kerajaan Selangor sebenarnya mempunyai lebihan berikutan hasil kerajaan negeri melebihi perbelanjaan.

Tambahnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara walaupun kerajaan negeri memohon perbekalan tambahan setiap tahun, rizab negeri tidak pernah berkurang malah semakin bertambah saban tahun.
“Sila rujuk kepada Penyata Kewangan Negeri yang mengesahkan Kumpulan Wang Disatukan bertambah sejak tahun 2008,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau menjelaskan: “Rizab negeri di atas menunjukkan trend meningkat walaupun perbelanjaan kerajaan negeri turut meningkat setiap tahun”.Khalid mendakwa, rizab yang tinggi tidak pernah dijadikan justifikasi kerajaan negeri berbelanja lebih di luar keperluan atau kemampuan atau memohon belanja tambahan. Katanya, ia juga membuktikan pengurusan hasil dan pendapatan yang cekap oleh kerajaan negeri.

“Malah, jika disemak semula semua data belanjawan pada tahun 2009 hingga 2014, adalah jelas bahawa perbekalan tambahan hanya dipohon setelah kerajaan ketika itu berjaya meningkatkan pendapatan yang dijana melalui pertumbuhan ekonomi mampan dan perbelanjaan berhemah,” jelas Menteri Besar Selangor 2008-2015

Tegas Khalid, dakwaan bahawa Selangor mengalami defisit belanjawan sejak 2008 adalah tidak betul dan menyifatkan kemewahan kerajaan negeri pada masa kini hasil daripada pentadbiran terdahulu.
Beliau berkata: “Harus diingatkan juga kemewahan yang dinikmati Selangor pada belanjawan 2015 adalah hasil pendekatan berhemah yang diambil pentadbiran terdahulu tetapi amatlah tidak bertanggungjawab bagi pentadbiran hari ini untuk mencari justifikasi belanjawan defisit dengan memutar belit fakta yang boleh disanggah dengan senang oleh bukti-bukti dalam laporan kewangan dan audit.”

Tegasnya, dakwaan pentadbiran Menteri Besar sekarang tidak benar sama sekali dan ada unsur berniat jahat, dan menambah: ”Ini seolah-olah ingin memberi tanggapan negatif mengenai pengurusan fiskal dan kewangan semasa saya yang diberi tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor, lapor FMT.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana