Azmin bayang naikkan tarif air...Ambil Kau Rakyat Selangor Yang Pilih PR

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor membayangkan kemungkinan tarif air di negeri itu dinaikkan namun pada kadar yang tidak membebankan rakyat.

Menteri Besar Azmin Ali memberitahu dewan negeri hari ini, bahawa kerajaan negeri masih dalam proses penelitian mengenai kesan yang akan ditanggung oleh rakyat sekiranya tarif air ini dinaikkan.

"Ketika ini kerajaan negeri sedang meneliti implikasi ke atas rakyat sekiranya tarif dinaikkan dalam tempoh terdekat. Kerajaan negeri sedang membincangkan dengan pihak air Selangor untuk mengkaji pendirian kerajaan negeri bagi membela dan menjamin hak pengguna dan rakyat di Selangor," katanya ketika menjawab pertanyaan mulut ADUN Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Pelarasan tarif air itu adalah inisiatif kerajaan negeri dan bukannya permohonan terdahulu syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ujar Azmin.

SYABAS sebelum ini berkali-kali menghantar permohonan untuk menaikkan tarif air, namun ditolak bekas Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Yang Pilih PR

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana