Awasi pasangan penipu Lebih 15 mangsa rugi hampir RM500,000

KUALA LUMPUR 12 Nov. - “Pakar penipu abad ini”. Itulah gelaran yang diberikan oleh sekumpulan individu kepada sepasang suami isteri yang didakwa telah memperdaya mereka hingga mengakibatkan kerugian puluhan ribu ringgit setiap seorang dalam urusan pelancongan, pengambilan pembantu rumah, penjualan telefon pintar dan produk kecantikan.

Lebih mengejutkan, kebanyak­an mangsa pasangan berusia lingkungan 30-an itu terdiri daripada golongan profesional seperti doktor dan peguam malah ada yang berpangkat Datuk.
Seorang mangsa, Datuk Ray Imran mendakwa, terdapat lebih 50 laporan polis dibuat terhadap pasangan dikenali sebagai Naza dan Sya itu di seluruh negara yang dikesan melakukan kegiatan tersebut sejak 2009.

“Mangsa-mangsa kini telah membuka satu kumpulan di Facebook bagi mendapatkan maklumat tentang kegiatan penipuan itu dan seterusnya ingin membawa pasangan berkenaan ke muka pengadilan.

“Setakat ini, kita mengetahui terdapat 15 kes penipuan dengan jumlah kerugian sebanyak RM460,162 telah berlaku melibatkan pelbagai urusan perniagaan,” katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini semalam.

Ray mendakwa, pasangan berkenaan akan mengambil bayaran pendahuluan untuk setiap urusan dan memberi pelbagai alasan setelah gagal menyediakan apa yang dijanjikan.“Mereka juga mengugut mangsa sekiranya didesak untuk mendapatkan kembali wang setelah janji gagal ditunaikan,” ujarnya yang kerugian kira-kira RM24,000 dalam urusan pembelian 21 unit iPhone 6.

Menurut Ray, mangsa-mangsa juga kini mula mengetahui pasangan itu mengguna beberapa nama serta sering berpindah rumah.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Yani mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM97,836 setelah pasangan tersebut gagal menyediakan beberapa tiket penerbangan ke pelbagai destinasi seperti ke London, United Kingdom, Perth, Australia dan Padang, Indonesia.
“Saya turut diperdaya sebanyak RM2,500 kerana mereka menjanjikan untuk mendapatkan dua orang pembantu rumah,” ujarnya.

Turut menerima nasib sama ialah sekumpulan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak yang kerugian sebanyak RM65,045 akibat pasangan itu gagal menyediakan sebanyak 31 tiket penerbangan ke London pada 2010.

Selain itu, seorang peguam yang mahu dikenali sebagai J berkata, beliau turut menerima ugutan bunuh kerana menuntut wang berjumlah RM15,000 selepas pasangan itu tidak menyediakan tiket pener­bangan ke Korea untuk 20 orang seperti dijanjikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana