Anwar 'nasihat' Saiful jangan tinggal sembahyang selepas meliwatnya...

Tandatanya terus berlegar mengenai jangkaan bila keputusan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui.
Ini kerana ketika perbicaraan ditangguhkan tengahari Jumaat semua petanda menunjukkan besar kemungkinan ia akan meleret hingga ke hari Selasa.

Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria yang mengetuai penal lima hakim mengadili rayuan berkenaan telah melanjutkan perbicaraan ke hari Isnin.

Namun perbicaraan hari itu hanya akan berlangsung setengah hari kerana beliau ada urusan lain.

Ketua peguam pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memulakan hujah beliau pagi Jumaat baru membentangkan 20 peratus hujahan.

Ini bermakna jika tidak beres Isnin hujahnya akan disambung Selasa.

Perlu diingat selepas Shafee selesai hujahnya,pasukan peguam pembela Anwar pula akan beri hujah balas.

Jika begitu halnya rasanya amat tipis kemungkinan penal hakim dapat buat keputusan dalam masa yang suntuk.

Malah terdapat kemungkinan ia hujahan balas peguam bela boleh meleret masuk Rabu.

Ada kalangan pakar undang-undang meramalkan penal hakim akan ambil masa untuk teliti semua butiran kes serta hujahan kedua pihak peguam bela dan pendakwa sebelum membuat keputusan muktamad.

"Siapa tahu mungkin penal hakim akan ambil masa beberapa hari sebelum umum keputusan,"kata salah seorang darinya.

Apapun Anwar tetap Anwar.Ketika ditemui wartawan selepas mahkamah ditangguhkan sebelum waktu sembahyang Jumaat,beliau sudah berlagak macam hakim sendiri bila berkata," saya akan dibebaskan Selasa ini".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana