Anwar Bakal Berdepan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR 12 Nov - Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR Permatang Pauh) dan Tony Pua (DAP Petalng Jaya) akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengelirukan Dewan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, usul tersebut dikemukakan berikutan dakwaan Anwar terhadap syarikat pelaburan 1MDB memberikan projek RM3 bilion dengan nilai RM11 bilion secara rundingan terus.

“Tidak ada projek RM3 bilion…yang ada projek 3B. Ianya bukan runding terus tetapi dengan tender terbuka,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan mengatakan beliau mengelirukan Dewan berkenaan syarikat 1DMB, Ahmad menjelaskan kenyataannya semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Kementerian Kewangan di Parlimen tidak bercanggah.

Katanya, kenyataan beliau berhubung surat sokongan di Dewan Rakyat tidak ada membawa maksud bahawa tiada surat sokongan lain yang memberi jaminan expilicit atau explicit guarantee kerajaan selain terhadap jumlah RM5.8 bilion.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan hanya beri jaminan kepada sukuk oleh 1MDB sebanyak RM5.8 bilion sahaja sedangkan semua hutang 1MDB ialah RM6.25 bilion,” ujarnya memetik kenyataan hansard Dewan Rakyat 6 Nov lalu.

Beliau menjelaskan perkara itu dalam sidang media di lobi Parlimen bagi menjawab usul ahli parlimen PKR Rafizi Ramli untuk merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan 36(12) dan 80A kerana tuduhan mengelirukan Dewan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana