Alahai Guan Eng...ini letak kereta tempat salah punya hal

Baru berkuasa dalam negeri sudah tunjuk besar kepala...Inikah nak jadikan contoh yang baik pada rakyat jika pemimpin sendiri tak tunjuk tauladan yang baik.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Ahad cuba mengajar media 'berlaku adil' gara-gara main cerita kereta rasminya bernombor PG1 diletak di laluan yang dikhaskan untuk basikal.

Gambar dan kisah keretanya yang diletak tempat yang salah di Jalan Gurdwara Jumaat lalu telah dilaporkan di laman facebook MPPP Watch.

Malah ada ahli DAP sendiri yang tegur Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang cukup galak menunda kereta yang diletak ditempat salah tetapi ' buah bodoh pada kereta Ketua Menteri.

Guan Eng berkata di konvensyen DAP Pulau Pinang di Bukit Mertajam ,MPPP patut keluarkan saman jika drebarnya salah letak kereta rasminya.

Katanya jika drebarnya buat salah maka dia harus berdepan dengan akibatnya.

Ketua Menteri itu juga mahu MPPP dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) saman kereta rasmi mana-mana Exco Kerajaan Negeri yang salah letak.

Guan Eng kemudian mempersoalkan media kenapa gemar main isu keretanya salah letak tetapi tidak lapor hal-hal lain yang beliau cakap.

Katanya sekalipun tak salah lapor keretanya diletak tempat salah tetapi wartawan harus bersikap adil pada berita-berita lain juga.

Ini bukan kes pertama.

Sebelum kes terbaru ini,gambar kereta rasmi Guan Eng diletak di kawasan ' No Parking' pernah disiar di laman sosial.

Dalam bab ini sebagai rekod mungkin perlu juga ditanya pernahkah Guan Eng sebagai ahli politik bersikap adil ketika membelasah kerajaan seolah 'segalanya tidak betul'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana