Video....Datuk Seri 'Diculik' Oleh Ahli Keluarga Isteri - Polis


 PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai berstatus Datuk Seri yang berkelahi dengan isterinya 'diculik' oleh ahli keluarga isterinya di luar restoran di Taman Sri Manja di sini, petang Selasa.

Namun, kebimbangan mengenai insiden 'penculikannya' timbul selepas satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki berkelahi dengan beberapa individu dan diheret masuk ke dalam sebuah kereta di sebuah restoran, dimuat naik secara dalam talian.

Difahamkan seorang wanita berstatus Datin Seri telah mengarahkan ahli keluarganya untuk membawa suaminya yang berusia 53 tahun pulang ke rumah.

"Dia mahu suaminya pulang supaya perselisihan pendapat antara mereka dapat diselesaikan . Dia mahu mengelak pertelingkahan di tempat awam," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Azmi Abu Kassim.

Malangnya, rancangan itu menjadi tidak keruan selepas seorang pelanggan restoran terbabit memuat naik video rakaman insiden tersebut.

Malah, pelanggan tersebut turut membuat laporan polis bimbang insiden 'penculikan' berlaku.

Video tersebut menjadi viral di laman media sosial.

"Kumpulan penyiasat sedang menghubungi mangsa. Dia kini selamat bersama isteri dan dalam perjalanan ke ibu pejabat polis PJ ditemani isteri dan empat ahli keluarga mereka untuk disoal siasat," kata Azmi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana