Tindakan Ahli Parlimen Taiping dikecam kerana bersikap rasis

PETALING JAYA: Berikutan tindakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang telah memuat naik gambar yang dianggap menghina itu, beliau telah dikecam di laman Facebooknya oleh pengguna Facebook yang lain.
Dalam posting Nga sejam yang lalu, beliau telah memaparkan seorang lelaki berkulit hitam dengan ayat “I love U Najib, Minyak Hitam tarak naik..”
Posting Nga itu telah disukai seramai 470 orang dan telah dikongsi seramai 83 orang pengguna Facebook.
Posting Nga itu dikecam oleh pengguna Facebook yang lain, antaranya, pengguna Facebook Jan Jani Janaden, yang menyatakan bahawa Nga adalah seorang yang rasis, “Racist punya manusia,” tulisnya.
Manakala, pengguna Facebook, Koh Thiam Yik mempersoalkan tindakan Nga itu, “Y so racist,” soalnya di ruangan komen di Facebook Nga.
Bagi pengguna Facebook, Huai Sung Lau, beliau tetap menyalahkan Barisan Nasional (BN) sebagai punca utama kenaikan harga minyak, “fxxk BN supportersw,” komennya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana