TIBAI menggelarkan Ketua Pembangkang sebagai politikus bangsat yang rakus merebut kuasa

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai politikus bangsat yang rakus merebut kuasa sehingga sanggup mencemar dan mengotorkan keamanan serta kestabilan politik di negeri Selangor.

Musyidul Amnya, Muhammad Zahid Md Arip berkata, Anwar dan partinya PKR dikatakan mahu merompak rizab Selangor untuk digunakan bagi membiayai siri demonstrasi jalanan.

"Demonstrasi jalanan berkenaan bertujuan menumbangkan kerajaan, melumpuhkan ekonomi negara dan memberi tekanan kepada mahkamah menjelang kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini.

"Kira-kira RM3.2 bilion rizab negeri Selangor, saya yakin dia hendak guna sangat pada 28 Oktober akan datang. Saya dimaklumkan Anwar pergi Thailand, dia tengok sendiri bagaimana pergerakan Baju Merah, Baju Kuning boleh duduk berhari-hari di atas jalanraya. Ini bukan soal semangat, ini pasal duit. Rakan sejawat saya Nik Aziz juga mengaku pernah bagi duit kepada pendemonstrasi," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di ibunegara hari ini sambil dihadiri ahli-ahli Majlis Syura TIBAI.

Dalam masa sama Muhammad Zahid juga menyifatkan isu perebutan kerusi Menteri Besar Selangor bermula daripada perancangan rakus Anwar.

"Dalam drama ini pengarahnya adalah Anwar manakala Wan Azizah dan Azmin merupakan pelakon utama. Tetapi watak kesemua mereka serupa iaitu sama hodoh, sama buruk, sama keji serta sama kotor. Hakikatnya baik Wan Azizah mahupun Azmin, kedua-duanya adalah boneka ciptaan Anwar," tegas beliau.

Terdahalu, Muhammad Zahid turut berpendapat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sebagai tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana kebiadapannya menghina Perdana Menteri dan institusi raja serta pernah dikaitkan dengan dakwaan kesalahan moral.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana