Teresa Kok pertahan kehadiran di Pesta Oktoberfest...BODOH Nya KEnyataan Ini

 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mempertahankan tindakannya yang menghadiri pesta arak Oktoberfest 2014 sambil menyifatkan ia adalah hak setiap individu.

"Itu adalah hak kebebasan awam," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS, hari ini.

Tegas beliau lagi, tindakannya itu bukan bermaksud mahu menghina PAS atau sesiapa saja khususnya pemimpin parti itu dan masyarakat Islam di negara ini.

"Tiada apa-apa maksud untuk menghina sesiapa.

"Ia adalah acara untuk bukan Islam dan mereka yang beragama Islam juga tidak dijemput untuk hadirinya. Jadi ia tiada kena mengena dengan kepercayaan dan agama," katanya lagi.

Malah Naib Pengerusi DAP itu juga mempertahankan tindakannya yang memuat naik beberapa keping gambar di sekitar pesta itu di laman sosial Facebook.

"Facebook adalah milik saya, bukan milik Utusan," katanya sebagai mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar tersebut hari ini melaporkan beberapa pemimpin tertinggi DAP dilihat hadir ke pesta tersebut, seolah-olah 'mencabar' rakan komponennya, PAS, yang dalam masa sama mengutuk keras penganjuran pesta tersebut.

Selain Teresa, beberapa pemimpin tertinggi DAP yang lain turut hadir.

Antaranya penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivarasa Rasiah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dan Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya pemberita, sebaliknya hanya berkata 'Ia hak mereka yang bukan Islam'.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS termasuk bekas Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan membidas penganjuran pesta tersebut dan menyifatkannya sebagai mencabar sensitiviti penganut Islam di negara ini.

Malah Nasrudin dan beberapa pemimpin PAS Pusat juga bertindak menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dan kerajaan mengambil tindakan ke atas penganjur yang telah mempromosikan festival itu secara terbuka walaupun tiada kebenaran mahupun permit dikeluarkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana