Terengganu Perkenal Biasiswa Untuk Atlet Lanjut Pelajaran...Terbaik Lah Ganu Kita

KUALA TERENGGANU 13 Okt - Kerajaan negeri Terengganu akan memperkenalkan skim biasiswa untuk atlet melanjutkan pelajaran dalam bidang sukan di institusi pengajian tinggi, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata skim itu yang dilaksanakan Yayasan Terengganu tahun depan, akan dimulakan dengan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

"Saya akan minta pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Tenaga Manusia dan pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-tugas Khas berbincang mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya kerajaan negeri mahu atlet bukan sahaja hebat dalam bidang sukan malah turut berjaya dalam pelajaran.

Ahmad Razif menjelaskan selepas menamatkan pengajian di universiti, atlet berkenaan kelak akan ditempatkan di jabatan-jabatan sukan di negeri ini.

"Ia adalah antara tranformasi yang dilaksanakan kerajaan negeri sekarang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana