Taktik Kitar Semula, Pembangkang Guna Istilah Burukkan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 13 Okt. – Pakatan pembangkang seakan ahli silap mata yang telah kehabisan modal untuk menarik perhatian orang ramai lantaran sikap mereka yang menggunakan pelbagai istilah sebagaimana tuduhan rasis, kebebasan bersuara, kerajaan zalim, tidak demokratik dan sebagainya sebagai agenda untuk memburukkan Barisan Nasional (BN), kata penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek.

Katanya, tindakan memburukkan kerajaan dengan menggunakan pelbagai istilah yang tidak benar adalah tindakan lapuk kerana sememangnya pakatan pembangkang sering menggunakan taktik sedemikian dalam usaha mereka untuk menarik perhatian rakyat.

“Ini ibarat taktik lama yang didendang kembali tetapi diperbaharui dengan istilah lain kerana sejak dahulu lagi pakatan pembangkang sememangnya terserlah dengan sikap suka memburuk-burukkan kerajaan,”
Dalam hal ini, beliau turut membidas pakatan pembangkang yang seakan tidak tahu makna pelbagai istilah yang digunakan lantas membuat tuduhan kepada kerajaan.

“Adakah mereka ini dapat berfikir dengan wajar apabila melemparkan tuduhan kepada kerajaan kerana tuduhan rasis, tiada kebebasan bersuara dan kerajaan kononnya zalim adalah amat bertentangan dengan apa yang ada dalam negara malahan jika perkara tersebut benar-benar terjadi maka tentunya mereka tidak akan dapat membuat tuduhan sedemikian secara terbuka.

“Jika benar kerajan berlaku rasis maka tentulah negara ini tidak akan dapat hidup aman dan rukun sejak merdeka 57 tahun lalu apatah lagi rakyat di dalamnya adalam masyarakat yang berbilang kaum.”Tegasnya, jika pembangkang menuduh kerajaan menyekat kebebasan bersuara pula mana mungkin mereka akan dapat mempunyai akhbar sendiri dan bebas untuk bercakap melalui media massa dengan mengutakan pelbagai idea-idea yang bertentangan dengan dasar kerajaan sendiri.

“Dari sudut perundangan juga, banyak undang-undang yang dipinda berdasarkan suara dan kepentingan ramai misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuh selain pindaan berkaitan hukuman perintah sekatan atau buang daerah.”

penganalisis-politik-Dr-Abdul-Halim-Sidek-majlis-profesor-negara-pensyarah-undang-universiti-kelantanTegasnya yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), tuduhan yang dibuat oleh pakatan pembangkang ini adalah tidak berasas atau barangkali mereka mempunyai deninisi berbeza dari raeliti sebenar.

“Pandangan pembangkang selalunya akan bertentangan dengan realiti yang berlaku sebagaimana macam-macam jani mereka kepada rakyat namun apabila diberi kuasa mentadbir maka perkara sebaliknya pula yang dibuat.”

Dalam hal ini beliau merujuk kepada pentadbiran kerajaan pembangkang Pulau Pinang yang sebelum ini menjanjikan air percuma namun kemudiannya caj air dinaikkan, janji untuk pendidikan percuma tetapi yuran pengajian di UNISEL bertambah sementara di Kelantan masih tidak berubah biarpun lebih 20 tahun berslogankan ‘membangun bersama Islam’.

“Kalau kerajaan BN nak amalkan ‘double standard’ maka tentunya kerajaan pusat tidak akan salurkan dana untuk rakyat di negeri-negeri tadbiran pembangkang sebaliknya selaku kerajaan yang bertanggungjawab, BN mentadbir mengikut keluhuran Perlembagaan dengan setiap individu mempunyai hak walaupun idealogi atau pegangan parti adalah berbeza.”

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat untuk menilai kembali segala apa yang berlaku dalam negara sehinggakan Malaysia diiktiraf diperingkat antarabangsa walhal pembangkang tidak henti-henti melempar tohmah dan kata-kata negatig.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana