RAKYAT HAKIM NEGARA..TIBA MASANYA BAR COUNCIL DIMANSUHKAN ?

KENYATAAN MEDIA

Salam 2 all.

Saya merujuk kepada tindakan segerombolan kecil para peguam yang mengadakan demonstrasi dipanggil Walk4Freedom menuntut penghapusan Akta Hasutan di Padang Merbok sebentar tadi (Khamis 16 Okt 2014).

Saya membantah dan mengutuk keras tindakan mereka dengan menegaskan bahawa tindakan mereka tidak ada kena mengena dengan saya dan ramai lagi rakan peguam dan dibuat tanpa persetujuan kami!

Adalah jelas tindakan mereka menuntut kebebasan dengan mengadakan demonstrasi sebagai sesuatu yang bercanggah atau self contradictory.

Ini adalah bukti sikap hipokrasi dan kepura-puraan tahap tertinggi!
Kalau benar negara ini tidak bebas, mana mungkin mereka mengadakan demonstrasi dan perhimpunan di tempat awam dengan kawalan keselamatan oleh pihak polis.

Jika benar dakwaan mereka bahawa negara ini tidak bebas, pasti mereka semua sudah pun menaiki Black Maria dan disumbat dalam Pusat Tahanan Reman Pudu!

Daripada lebih 14,000 peguam yang berdaftar didalam negara ini, tindakan sekumpulan kecil sekitar 500 orang yg dikatakan peguam yang hadir tadi tidak mewakili suara majoriti peguam.

Jumlah ini hanya lebih kurang 3.5% sahaja daripada jumlah keseluruhan peguam berdaftar dalam negara.

Malahan saya mempertikaikan kehadiran beberapa orang luar yang bukan peguam telah mencemarkan institusi guaman dan sekadar cubaan menambah jumlah mereka yang terlalu sedikit.

Saya mengulangi pendirian bahawa saya menyokong penuh supaya Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan, malah dibuat penambahbaikan untuk memastikan tiada ruang yang lompong demi memastikan institusi Islam, Melayu dan Raja-Raja terus dipertahan, diperkasa dan didaulatkan.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengulangi desakan sekali lagi supaya Kerajaan menimbang menubuhkan beberapa lagi badan guaman untuk mewakili ramai lagi peguam yang tidak mau badan guaman diperalatkan untuk kepentingan pihak tertentu.

Ini adalah dimana-mana negara lain termasuk Singapura, Australia, Amerika dan lain-lain yang mempunyai pelbagai badan guaman yang ditubuhkan supaya tidak ada mana-mana badan yang cuba atau boleh memonopoli sektor khidmat guaman dalam negara ini.

Saya cadangkan badan-badan dikenali sebagai Akademi Undang-Undang atau Law Academy ditubuhkan dengan kuasa dan bidangkuasa sama seperti Bar Malaysia atau Majlis Peguam.
Ini akan memberi ribuan para peguam yang tidak menyokong sikap partisan dan kegiatan politiking Majlis Peguam pilihan dan alternatif untuk menjadi ahli mana-mana badan guaman tanpa terikat dengan kuasa monopoli sebuah badan sahaja seperti yang berlaku sekarang.

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
22 Zulhijjah 1435
16 Okt 2014

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana