Protes harga minyak hambar...Isu EctoberFest PAS Kenapa Tak Protes?



KUALA LUMPUR: Hanya 150 orang menyertai protes kenaikan harga minyak diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo petang tadi.

Himpunan dianjurkan oleh‎ Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) yang terdiri daripada anak muda sahaja, mendesak kerajaan menurunkan harga minyak yang dinaikkan 20 sen awal bulan ini.

Mereka membawa plakad antaranya bertulis, 'menteri ikat perut, rakyat jerut leher', 'janji dicapati' dan pelbagai lagi.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang turut serta dalam himpunan itu berkata, kehadiran beliau sebagai menyokong usaha membantah dasar kerajaan yang membebankan rakyat.

"Kita bayangkan dalam keadaan rakyat susah tiba-tiba kita berdepan dengan kenaikan harga minyak, apa yang kita hadapi selain kesempitan hidup.

"Himpunan ini sebagai satu protes terbaik untuk kita tunjukkan kepada rakyat bantahan kenaikan harga minyak," jelasnya.

Beliau memberitahu, sepanjang tempoh tahun ini sebanyak 40 sen telah dinaikan dan ianya telah membebankan pengguna.

"Kita tidak bersetuju dengan apa yang kerajaan lakukan ini, kenaikan harga minyak akan menyebabkan harga barang turut naik.

"Apa lagi yang rakyat perlu lakukan, dalam keadaan mereka hidup susah, beban terus mereka pikul dalam meneruskan kehidupan.

"Kita mengharapkan kerajaan akan peka dengan apa yang rakyat hadapi dan bukan hanya tahu mengambil duit rakyat untuk menampung pendapatan negara," sambung beliau lagi.

Beliau menjelaskan, Pemuda PAS akan berkerjasama dengan TURUN sebagai usaha membantah dasar yang dilihat menekan rakyat."Himpunan mungkin akan diadakan lagi pada minggu hadapan sehinggalah kerajaan mendengar dan menurunkan harga minyak.

"Kita dari Pemuda akan terus bersama NGO dalam memastikan desakan ini mendapat perhatian kerajaan," katanya lagi.Perarakan turut diadakan mengelilingi pusat beli-belah Sogo dan Pertama Kompleks.

Himpunan itu berakhir‎ sekitar jam 4 petang tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana