Presiden Mahasiswa UM Bersikap Anarki dan Tunjuk Kebodohannya

Tindakan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menyeru seluruh mahasiswa dan anak muda hadir mendengar pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk “40 Tahun: Dari Universiti Malaya Ke Penjara” di Dataran Dewan Tunku Canselor di kampus Universiti Malaya (UM), Isnin ini adalah satu saranan tidak munasabah, bobrok dan bersifat anarkisme.

Bercakap kepada themalaysianinsider.com, Presiden PMUM, Fahmi Zainol turut mengajak mahasiswa turun ke Putrajaya menunjukkan solidariti terhadap Anwar yang bakal berdepan hukuman penjara jika gagal dalam rayuannya terhadap keputusan mahkamah dalam tuduhan liwat, pada 28 Oktober.

“Saya yakin Putrajaya sudah sekian lama diduduki oleh kuasa yang sama, mungkin sudah tiba masanya Putrajaya memerlukan kuasa dan tenaga baru.

“Saya yakin mahasiswa mampu melakukan perubahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saranan ini bukan sahaja melanggar disiplin mahasiswa Universiti Malaya setelah Timbalan Naib Canselor UM mengharamkan himpunan tersebut, malah cuba mempengaruhi keputusan Mahkamah berkaitan kes jenayah adalah satu kesalahan.

Apakah tujuan PMUM mengajurkan Pidato ini jika bukan mahu memberi tekanan dan dorongan kepada Mahkamah Persekutuan agar menyebelahi Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau ke atas Saiful Bukhari Mohd Azlan?

Apakah ini bukan terletak di bawah kesalahan menghina Mahkamah?

Apakah tujuan Fahmi Zainol menggesa mahasiswa UM melakukan perubahan pemerintahan ketika ini yang bukannya tahun pilihan raya? Apakah beliau mahu mahasiswa UM menjatuhkan kerajaan melalui rapat umum dan tunjuk perasaan pro-Anwar?

Saranan-saranan beliau dan cara beliau menentang pihak pentadbir Universiti Malaya atas isu di luar lingkungan kepentingan mahsiswa sangat mengelirukan menimbulkan tanda tanya apakah beliau mahu mencetuskan keadaan anarki seperti mana tahun-tahun 70-an dahulu?

Sama ada saranan beliau sekadar retorik atau Anwar Ibrahim sememangnya sedang merancang kekacauan akan diketahui pada minggu hadapan.

Kenyataan Fahmi hanya menunjukkan beliau seorang yang bebal dan tidak faham erti perjalanan pentadbiran dan perundangan negara.

Kes Anwar Ibrahim bukan kes politik dan tiada kena mengena dengan isu politik. Beliau tiduh meliwat seorang anak muda yang bekerja dengannya. Anak muda ini pula sendiri yang membuat aduan, bukannya ditangkap dan dipaksa oleh sesiapa untuk membuat dakwaan ke atas Anwar.

Dalam perbicaraan tersebut jelas ada pembentangan bukti DNA air mani Anwar dalam lubang dubur saiful, ada rakaman masuk keluar tempat kejadian, ada saksi-saksi lain mengesahkan pertemuan tersebut.

Jika Fahmi menggunakan sedikit akal yang diberi kepada beliau sudah tentu beliau boleh berfikir secara rasional dan sedar bahawa Anwar Ibrahim bukan isu utama dalam senario politik negara. Lanskap politik negara untuk menjatuhkan Barisan Nasional bukan bergantung kepada Anwar Ibrahim tetapi kepada Pas dan DAP.

Pasukan pimpinan Anwar Ibrahim sudah dua kali kalah dalam pilihan raya umum pada 2008 dan 2013. Dari segi politik Melayu, UMNO menjadi lebih kuat sejak Anwar Ibrahim bersengkongkol dengan DAP.

Justeru untuk UMNO dan BN, Anwar berada di luar penjara lebih baik dari Anwar di dalam penjara. Ini kerana bila Anwar di dalam penjara akan ada bebal-bebal seperti Fahmi ini merasa simpati kepada Anwar yang didakwa meliwat dan melihat dari sudut politik sempit.

Tapi isu di sini bukan isu politik UMNO, BN atau Pakatan Rakyat. Ia isu keadilan untuk mangsa yang diliwat Anwar Ibrahim. Ia juga berkenaan keluhuran dan kedaulatan undang-undang tanpa mengira kedudukan dan pengaruh seseorang.

Jelas sokongan dan perjuangan Presiden PMUMUM untuk solidariti Anwar Ibrahim hanya membuktikan zaman intelektualisme pelajar Universiti Malaya sudah diganti dengan bebalisme!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana