Politik Dendam Dalam Pakatan Berlaku Atas Restu Anwar Sendiri

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, sikap berdendam antara satu sama lain di antara tiga parti di dalam pakatan pembangkang ini tidak akan berkesudahan memandangkan perbuatan tersebut sebenarnya direstui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebagai ketua pembangkang.

Menurut beliau, Anwar sebagai ketua pembangkang sepatutnya boleh menasihati pemimpin ketiga-tiga parti agar berhenti daripada bersikap dendam dan membalas dendam sesama sendiri.

“Saya fikir sikap dendam mendendami di antara ketiga-tiga parti ini tidak akan berkesudahan kerana Anwar sendiri memberi restu dalam hal ini. Contohnya dalam isu saman Lim Guan Eng kepada Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Tantawi, Anwar sebagai ketua sepatutnya boleh menasihati Guan Eng untuk tidak meneruskan saman tersebut.

“Namun Anwar hanya membiarkan perkara itu kerana saya yakin beliau mahu memberi tekanan kepada Pas agar tunduk dengan telunjuknya. Begitu juga dengan isu MB Selangor di mana kerusi exco Pas dikurangkan kepada tiga saja. Saya yakin Azmin berbuat demikian di atas restu Anwar juga.

“Dan samalah juga dengan isu antara Azmin dan Tan Sri Khalid, di mana tekanan demi tekanan diberikan oleh Azmin kepada Tan Sri Khalid. Semua tahu bahawa Tan Sri Khalid merupakan musuh politik Azmin dan ini merupakan kesempatan Azmin untuk membalas dendam terhadap musuhnya dalam beberapa isu seperti isu PKNS dan sebagainya,” jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Kata beliau lagi, isu dendam mendendami ini tidak akan berlaku di dalam pakatan pembangkang sekiranya Anwar sebagai ketua pembangkang berbincang dan menasihati pemimpin di dalam ketiga-tiga parti tersebut.

“Bagi saya dalam isu ini, Anwarlah merupakan perancang utamanya. Anwar membiarkan saja sikap berdendam dan membalas dendam antara mereka kerana di situ ada nilai-nilai politik yang boleh membawa keuntungan kepada dirinya.

“Contohnya seperti tekanan yang diberikan terhadap Pas hari ini, bukan saja dari isu saman Lim Guan Eng kepada Nasaruddin Tantawi, tetapi juga cemuhan serta kritikan yang diterima oleh kepimpinan Pas hari ini khususnya berhubung isu kemelut MB di Selangor juga tercetus kerana direstui oleh Anwar.

“Anwar sememangnya tidak puas hati dengan tindakan Pas yang tidak bekerjasama dalam isu pemilihan MB Selangor dan hari ini, beliau merestui tindakan Lim Guan Eng dan juga anak buahnya Azmin untuk terus memberikan tekanan kepada parti tersebut sebagai peringatan untuk terus tunduk dibawah telunjuknya.

“Apa yang terjadi di dalam pakatan pembangkang ini bagi saya adalah disebabkan oleh restu Anwar sendiri. Beliaulah merupakan perancang dan parti-parti ini digunakan oleh beliau untuk memberikan tekanan terhadap satu sama lain. Jika tidak, pastinya Anwar sebagai seorang ketua umum akan menasihati kesemua pemimpin ketiga-tiga parti itu agar tidak terus bertelagah dan bersikap dendam sesama sendiri. Namun ini semua tidak berlaku kerana Anwar sendiri merestuinya demi melaksanakan agenda dan kepentingan politik beliau,”ujarnya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL