Peserta Bantah Kenaikan Harga Minyak Hina Perdana Menteri


KUALA LUMPUR 8 Okt - Salah seorang peserta membantah kenaikan harga petrol dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) meletakkan selipar kepada poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peserta lelaki itu merupakan antara puluhan peserta lain yang berarak menuju ke pagar masuk utama bangunan Parlimen pagi tadi membawa sepanduk dan dan kain rentang berkaitan bantahan mereka.

Perhimpunan pro-pembangkang itu juga dikawal oleh pasukan Unit Amal PAS dengan penyertaan oleh Parti Sosialis Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Asal Bukan UMNO (ABU).

Selepas hampir kira-kira sejam mereka berhimpun wakil kumpulan tersebut masuk ke dalam bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Pegawai Khas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Zain Zainal, Wakil Kelab Penyokong BN, Kolonel Omar Daud serta kepada wakil Ahli Parlimen Pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana