PENYOKONG ANWAR CUBA REMPUH PENGHADANG MAHKAMAH !! BIADAP

Lebih 200 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul di depan Istana Kehakiman cuba merempuh pagar penghadang ketika Ketua Pembangkang berkenaan tiba di Istana Kehakiman bagi mengikuti rayuan kes liwat terhadapnya, kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Penyokong cuba merempuh pagar penghadang yang dibuat oleh pasukan keselamatan dan Perbadanan Putrajaya dengan menolak petugas media kerana menghalang pandangan mereka ketika Anwar turun berjumpa kumpulan berkenaan kira-kira lima minit sebelum memasuki Kompleks Istana Kehakiman.

Bagaimanapun, situasi berkenaan berjaya dihalang dan dileraikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal pekarangan Istana Kehakiman.

Anwar yang hadir lengkap berpakaian sut hitam ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL