Pemuda DAP kesal PAS desak batalkan Oktoberfest

KUALA LUMPUR: Pemuda DAP (DAPSY) melahirkan rasa kesalnya terhadap sesetengah pemimpin PAS yang telah mendesak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membatalkan program Oktoberfest.

Menurut Ketua DAPSY, Teo Kok Seong, yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah, mereka (sesetengah pemimpin PAS) harus memahami bahawa PAS merupakan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, dan mereka harus menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan negeri agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa menyinggung perasaan semua pihak.

“Desakan sesetengah pemimpin PAS yang dilakukan secara terbuka cuma akan mengeruhkan lagi hubungan kerjasama di antara PAS, PKR dan DAP.
“Tambahan lagi, ia juga akan mengelirukan rakyat jelata yang selama ini saling hormat-menghormati.

“Saya cukup yakin bahawa rakyat di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama mempunyai pemikiran yang cukup matang untuk mentafsir isu ini.
“Selain itu, saya juga menghargai usaha YB Khalid Samad yang mempertahankan prinsip Islam yang menghormati hak bukan Islam untuk mengikut adat dan budaya masyarakat mereka.
“Akhirnya, dengan adanya penjelasan dan pengumuman langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan negeri Selangor, tibalah masa untuk kita semua kembalikan tumpuan kita untuk terus memperjuangkan nasib rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana