PEMIMPIN DAP, Nga Kor Ming dalam laman Twitter berkongsi tweet AJK PAS, Khalid Samad mengenai pengalamannya di Arab Saudi.

Khalid memuji-muji Arab Saudi. Beliau buat kesimpulan bahawa rakyat Saudi terima pelbagai macam kemudahan yang UMNO tidak boleh buat di Malaysia. Arab Saudi maju kerana tiada UMNO, mungkin itulah mesej yang mahu disampaikannya.

Maka, seronoklah YB Nga Kor Ming memuji Khalid dengan kapsyen berbunyi. "Cantik YB, tolak UMNO"

Realitinya, dua YB ini yang sayang menyayangi antara satu sama lain, memberi gambaran yang tidak tepat. Benar, UMNO tidak ada di Arab Saudi, tetapi negara itu juga tidak ada DAP, PKR dan PAS.
Di Arah Saudi juga tidak ada Parlimen yang membolehkan orang-orang macam Khalid dan Nga memaki hamun kerajaan. Di Arab Saudi amalkan pemerintahan monarki sepenuhnya, raja yang menentukan segala-galanya.

Orang yang menentang raja tidak akan mendapat tempat di Arab Saudi. Masih ingat bagaimana Sultan Selangor murka apabila YB Khalid secara terbuka mahu kuasa baginda dalam hal ehwal agama dihapuskan?

Kalau YB Khalid buat begitu di Arab Saudi, dia mungkin sudah meringkuk di penjara seumur hidup atau lebih teruk dari itu. Tidak akan ada DAP, PKR atau PAS yang akan berdemo atas jalan untuk menuntut pembebasannya.

Khalid juga membanding-bandingkan kemudahan yang disediakan untuk rakyat Arab Saudi. Hakikatnya, Saudi adalah antara pengeluar minyak terbesar di dunia, jadi tidak ada masalah langsung untuk beri kemudahan-kemudahan yang disebut. Malah keluaran minyak berkapita Arab Saudi 17 kali ganda lebih besar berbanding Malaysia.

90 peratus jumlah eksport dan pendapatan negara Arab Saudi disumbang oleh jualan minyak. Tak cukup dengan itu, minyak juga menyumbang 40% pendapatan dalam negara kasar (KDNK) Arab Saudi. Jadi, tidak meninggalkan kudis pun jika kerajaannya hendak memberi kemudahan termasuk harga petrol yang begitu murah.

Itu belum cerita lagi janaan pendatapan ratusan juta setiap tahun dengan kebanjiran manusia di bumi ke Arab Saudi untuk mengerjakan haji.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana