PDRM Papar Imej Suspek Warga Asing Godam ATM

KUALA LUMPUR 20 Sept - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaparkan rakaman imej suspek warga asing yang terlibat dalam sindiket penggodam mesin juruwang automatik (ATM) yang menyebabkan kerugian wang berjumlah lebih RM3 juta melibatkan 17 mesin ATM di Selangor, Melaka dan Johor, sejak Jumaat lalu.

Rakaman imej berkenaan diambil daripada sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi mesin ATM yang digodam itu.

"Siasatan awal menunjukkan bahawa terdapat beberapa lelaki yang dipercayai warga asing, telah membuka panel bahagian atas ATM dengan menggunakan 'common key', kemudian satu cakera padat (CD) dimasukkan ke dalam CD-ROM yang terdapat di dalam mesin berkenaan untuk menyuntik Malware yang dikenali sebagai "ulssm.exe".

"Selepas mengeluarkan CD, panel akan ditutup semula dan ahli sindiket akan mengeluarkan kesemua wang di dalam ATM tersebut menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon dari rakan sejenayah.

"Slot kad ATM akan disumbat dengan objek berupa kad sim, kertas ataupun punting rokok bagi menyekat akses pengeluaran wang oleh pengguna lain," demikian menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM yang dikeluarkan di akaun Facebook rasmi badan itu, hari ini.

Kejadian ini merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana