PAS soal DAP... mengapa kami tak boleh bangkitkan isu rakyat

Apakah wujud satu diskriminasi terhadap pemimpin PAS dalam pakatan pembangkang selepas peristiwa wakil parti itu dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim dipecat kerana menyuarakan isu rakyat.
Apakah ia diskriminasi atau satu provokasi untuk menaikkan kemarahan ahli PAS... dan meninggalkan pakatan pembangkang...?

Iszuree disingkitkan sebagai semua jawatankuasa tetap MPPP selepas mengkritik dasar kerajaan Pulau Pinang berhubung pemilikan rumah mampu milik dalam kalangan penduduk negeri ini.

Sedangkan menurut Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar kanan) tindakan Iszuree membawa usul mengenai kepentingan rakyat itu dalam Muktamar PAS adalah wajar supaya satu mekanisme dapat diambil dalam memperkukuhkan integriti kerajaan negeri.

Malah, tegasnya, dalam Perhimpunan Agung Tahunan DAP dan PKR sebelum ini, wakil yang bangkit membahaskan usul juga bebas membawakan isu-isu mengenai kepentingan rakyat.

"Kalau sahabat-sahabat kita (perwakilan DAP, PKR) boleh membawa isu kepentingan rakyat dalam perhimpunan tahunan mereka, adakah salah bagi PAS membangkitkan isu sama demi kebajikan rakyat?

"Apatah lagi usaha untuk membincangkan perkara yang dibangkitkan Iszuree secara dalaman telah dibuat, namun sehingga kini kami masih tidak mendapat maklum balas terhadap permohonan berjumpa Guan Eng biarpun telah menghantar surat pada Julai tahun lalu," katanya dalam satu sidang media khas yang turut dihadiri Iszuree di Pulau Pinang pada Selasa.

Menurut Maslan, PAS Pusat mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menarik semula tindakan menyingkirkan Iszuree yang juga merupakan Bendahari PAS negeri.

Katanya, Guan Eng sepatutnya meneliti isi-isi dilontarkan Iszuree ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat, Johor pada 19 September lalu.

"Apa yang disampaikan Iszuree itu adalah wajar memandangkan segala ruang dan prosedur untuk menyampaikan suara rakyat berhubung masalah berkaitan pengambilan tanah ini secara dalaman telah dilakukan sebelum ini.

"Saya sendiri ketika berucap dalam Muktamar Pas baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap apa yang dibangkitkan Iszuree, jadi saya minta kerajaan negeri menarik balik tindakan yang dikenakan ke atas Iszuree dengan serta-merta," katanya

Sementara itu, Iszuree menyifatkan tindakan kerajaan DAP negeri itu menyingkirkan beliau daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP seolah-olah cuba menutup mulutnya.

"Apa yang dilakukan terhadap saya ini seolah-olah cuba menutup mulut saya yang jelas bukan cara terbaik dalam amalan demokrasi. Perkara yang dibangkitkan adalah demi rakyat dan bukan niat saya untuk menimbulkan provokasi kepada kerajaan negeri,'' katanya.


Manakala Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Fadzil Kemi berkata, kerjaan negeri sepatutnya lebih terbuka dalam menerima cadangan yang disampaikan Iszuree.

Katanya, apa yang dinyatakan itu adalah suara PAS negeri yang mahu melihat nasib rakyat khususnya mereka yang terlibat dalam isu pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan terus terbela.

"Sehingga kini sebanyak 25 buah kampung telah menjadi mangsa kepada pembangunan, jadi sudah sampai masanya satu mekanisme dirangka bagi menangani masalah pengusiran penduduk kampung di negeri ini dari terus berlaku.

"Siapa yang akan bertanggungjawab terhadap nasib penduduk kampung yang diusir ini? Kita kalau tiada bekalan elektrik sehari pun sudah kalut, ini pula kehilangan rumah," katanya.

Tambah beliau, pemecatan Iszuree itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana yang lebih penting adalah isi usul yang dibawa dalam menjamin kepentingan rakyat negeri ini.

Katanya, PAS negeri hanya merupakan suara minoriti dalam MPPP memandangkan daripada 24 ahli majlis yang dilantik hanya dua diwakili parti itu termasuk Iszuree.

Malah katanya, PAS juga tiada wakil dalam Exco kerajaan negeri.

BERIKUT DAKWAAN KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU YANG LENYAP DI PULAU PINANG

1. Kg Permatang Tok Subuh
2. Kg Buah Pala
3. Kg Pokok Assam, Jelutong
4. Kg Dodol
5. Kg Binjal
6. Kg Batu Uban
7. Kg Tanjung Tokong
8. Kg Bagan Dalam
9. Kg Permatang Tepi Laut
10.Batu Maung
11.Kg Pulau Jelutong
12.Kg Lima Kongsi, Sungai Bakap
13. Kg Teluk Kumbar
14.Kg Dalca
15.Kg Sungai Nibong Kechil
16.Kg Tengah Jelutong
17.Kg Terang Balik Pulau
18.Kg Genting,Balik Pulau
19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau
20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh
21.Teluk Air Tawar
22.Kg Gagah, Bagan
23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar
24.Kg Selut Sg Pinang
25.Kg Siam, Pulau Tikus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana