Ombak setinggi 3.5 meter ketika bot tempur TLDM hilang - Jabatan Meteorologi

Angin kencang dan laut bergelora berlaku di perairan Sabah sewaktu kejadian bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hilang di perairan Pulau Mengalum, Sabah, semalam.
Jurucakap Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia berkata ketika itu angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam.

"Keadaan laut pada waktu itu agak bergelora dan ombak pun agak tinggi (3.5 meter), jadi memang berbahaya. Pihak kami telah mengeluarkan amaran kategori pertama tersebut bermula Selasa lalu sehingga 8 Okt ini," katanya.

Semalam, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam kenyataannya berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalam TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.

Sehingga kini, lima aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tiga aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta satu pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot tempur TLDM yang hilang itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana