Masa Anwar Semakin Suntuk

KUALA LUMPUR 8 Okt - Dengan berbaki kurang tiga minggu dari hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berhadapan saat-saat terakhir untuk memberi impak terkuatnya terhadap arena politik terutama kepada pasukan Pakatan rakyat (PR).

Dengan baki hari sehingga tarikh rayuan terakhir kes liwat II beliau pada 28 Oktober ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijangka akan membuat penampilan sebelum keputusan menjalanai hukuman penajara atau dibebaskan dibuat di mahkamah kelak.

Mengikut fakta kes, pertuduhan liwat II Anwar ke atas bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan berlangsung sejak 2008.

Selepas empat tahun kes itu dibicarakan di mahkamah, dari tahun 2008 hingga awal 2012,  yang menyaksikan 26 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar telah dibebaskan.

Bagaimanapun mahkamah rayuan menerusi tiga panel hakim Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini - adalah peluang terakhir beliau untuk mendapatkan kebebasan.

Jika beliau terpaksa menjalani hukuman penuh selama lima tahun itu, maka ahli politik yang berumur 67 tahun itu akan berusia 72 tahun apabila beliau keluar penjara.

Ditambah dengan tempoh larangan lima tahun  berpolitik, ini mungkin menandakan berakhirnya kerjaya politik beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana