Kempen belai anjing: Mana satu ni... Pengerusi MAIS kata okay, Mufti Selangor kata tak boleh

Hura-hara jadi dalam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berikutan berbagai pihak mengecam penganjuran kempen belai anjing di Bandar Utama di Petaling Jaya, pada Ahad.
Dari segi kedudukannya kawasan penganjuran tersebut bawah Selangor dan dalam bidang kuasa MAIS.

Dari petang Isnin beredar gambar kelulusan program tersebut yang dicop oleh Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Berikutan itu, ada wartawan yang cari Mohamad Adzib hendak tanya apa cerita.

Menurut Pengerusi MAIS itu, pihaknya ada memberi kebenaran berkaitan penganjuran program ‘I Want To Touch A Dog’ (saya hendak sentuh anjing) tersebut.

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, acara berkenaan yang dianjurkan individu Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam memang tidak menyalahi peraturan.

“Sebenarnya perkara ini tak perlu kelulusan dan tiada akta yang boleh menahan penganjur daripada membincangkan isu hukum sedia ada atau masalah masyarakat yang berkait dengannya.

“Jadi ia memang tak menjadi kesalahan seperti penganjuran program agama lain,” katanya dalam teks yang dikirimkan menerusi aplikasi WhatsApp kepada wartawan.

Bagaimanapun, kenyataan Adzib itu bertentangan dengan kenyataan Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid.

"Saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk, cium anjing..." kata ustaz yang bagi tazkirah

Mohd Tamyes seperti yang dilaporkan Selangorpress berkata bahawa beliau dimaklumkan MAIS tidak pernah meluluskan kebenaran kepada penganjur, sebaliknya mendakwa bahawa penganjuran tersebut mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).

“Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing.

“Itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri,”

Tamyes turut bertegas akan memanggil wakil MPPJ untuk memberi penjelasan berhubung penganjuran program tersebut yang disifatkan tidak memahami sensitiviti umat Islam di negeri ini.

“Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama,” tambah Tamyes lagi.

Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat, Jefrizal Jaafar, berkata pihaknya telah cuba menghubungi pegawai MAIS bagi mendapatkan penjelasan mengenai hal tersebut, namun tidak dilayan.

Malah Jefrizal turut mempersoalkan kenyataan Menteri Besar, Azmin Ali yang dilihat tidak sensitif terhadap isu umat Islam di negeri ini.

“Menyentuh kenyataan Menteri Besar mengenai program itu, memang sudah dijangka. Kita tahu ini bukan kenyataan pertama kalinya dalam hal keagamaan. Nampaknya dia dan kerajaan Selangor langsung tak endah dengan sensitiviti umat Islam.

“Lihatlah penganjuran pesta arak Oktoberfest dan program peluk dan belai anjing seperti Ahad lepas. Mana tindakan kerajaan Selangor? Bagi mereka semua ini tak penting.

“Mereka (kerajaan negeri) lebih jaga bukan Muslim kerana itu lebih menguntungkan politik mereka. Bab agama ini tak berapa nak pentinglah sebab pengundi Muslim ramai sokong mereka menerusi PAS. Itu tak mengapa, PAS boleh jaga,” tambah beliau lagi.

Beliau, juga Pengarah Strategik Komunikasi Pemuda UMNO Selangor turut mendesak exco berkaitan agama Islam dan ADUN PAS di negeri ini untuk menasihati MB berkaitan hal tersebut.

Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihak berkaitan perlu mengambil tindakan tegas bagi menghalang penganjuran program seumpama itu yang mencetuskan perbalahan antara umat Islam.

“Pihak berkuasa agama perlu gunakan kuasa mereka, sekat mana-mana program yang boleh timbulkan polemik tak bermanfaat macam ni, ambil tindakan tegas kepada penganjur.

“Apa sebenarnya motif mereka? Kalau nak tunjukkan rasa nilai kemanusiaan bukan begitu, banyak lagi cara lain yang lebih berfaedah.

“Tak perlu jadikan perkara ini dalam bentuk seperti kempen untuk tarik perhatian kerana akhirnya akan cetuskan rasa tak puas hati dan berbalah sesama kita, ” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana