Kempen belai anjing di Selangor... “Kita cerita isu besarlah. Okay?” kata Azmin

sekarang sudah ada isu besar isu kecik dalam kamus harian Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang belum seratus hari dilantik ke jawatan tersebut menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kenyataan angkuh itu jelas tidak prihatin terhadap kebimbangan umat Islam di negeri Selangor berikutan kempen berterusan meresahkan mereka.

Sebelum ini kempen minum arak Oktoberfest dianjurkan dalam negeri Selangor dan semalam (Ahad) kempen belai anjing pulak... ramai yang bertanya, kempen apa lagi lepas ini...?

Manakala bagi Azmin sebagai orang nombor satu di Selangor, kempen belai anjing di Petaling Jaya Selangor adalah ISU KECIL dan beliau hanya memfokuskan kepada isu-isu besar yang berlaku di dalam negeri Selangor sahaja.

Beliau yang ditemui pemberita enggan mengulas berkenaan kempen belai anjing  ‘I Want to Touch a Dog’ yang dilaksanakan Ahad di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya.

“Kita cerita isu besarlah. Okay?” katanya ringkas kepada pemberita selepas diaju soalan berkenaan acara tersebut.

Azmin ditemui media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan dan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Selangor di Shah Alam, Isnin.

Acara tersebut juga diselar oleh beberapa berbagai pihak termasuk pendakwah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias.

Menurut Ustaz Kazim, acara ‘I Want to Touch a Dog’ itu adalah satu agenda halus untuk meliberalkan agama Islam.

“Inilah jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam agar menjadi fahaman liberal dan plural. Nanti ada yang kata kenapa ustaz bising isu anjing dan kenapa tidak bising isu memegang bukan mahram yang tidak bertudung.

“Isu tersebut sudah pun saya tegur, tetapi dalam isu kempen anjing ini, ianya satu gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya,” katanya di dalam laman Facebooknya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL