‘Inilah akibatnya jika ISA dan Akta Hasutan dihapuskan’

PETALING JAYA: Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berpendapat insiden pengeboman yang berlaku di Bukit Bintang pagi tadi merupakan petanda awal keselamatan negara terjejas sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan 1948 di hapuskan.
“Inilah akibatnya jika ISA dan Akta Hasutan 1948 dihapuskan oleh pihak kerajaan,” katanya ketika dihubungi oleh FMT di sini hari ini.

Beliau menambah, kejadian sebegini tidak mungkin akan berlaku sekiranya pihak kerajaan bertegas supaya ISA dan Akta Hasutan dikekalkan.
Katanya, kesan pengeboman berlaku ini bukan sahaja akan menyebabkan keselamatan negara terjejas, malah industri pelancongan di negara, khususnya di Bukit Bintang juga akan lumpuh ekoran daripada ketakutan pelancong-pelancong asing untuk mengunjungi tempat tersebut.
Sebelum ini, Ibrahim Ali menggesa pihak kerajaan supaya mempertahankan ISA dan Akta Hasutan supaya keselamatan negara tidak terjejas.

Tambahnya pemansuhan ISA dan Akta Hasutan hanya dapat dilakukan oleh pihak berkepentingan seperti ahli politik semata-mata dan bukannya atas kehendak pihak keselamatan.
“Sewaktu ISA dimansuhkan dahulu, ia bukan satu keputusan yang dibuat oleh pihak keselamatan sebaliknya keputusan yang dibuat oleh orang politik sahaja,” kata beliau.
Katanya lagi, ISA itu sendiri digunakan untuk keselamatan seluruh rakyat Malaysia termasuk bangsa Melayu, Cina dan India.

“Untuk keselamatan negara, sebab itu kita (PERKASA) bersungguh-sungguh untuk mempertahankan ISA dan Akta Hasutan 1948,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana