Ibu Nafi Gambar Dyana Intim Bersama Zairil

TELUK INTAN 20 Okt - Ibu kepada calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, menafikan penyebaran gambar anaknya bersama ahli politik muda di laman sosial baru-baru ini.

Ibu, Yammy Samat berkata, Dyana tidak menjalin hubungan percintaan bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari sepertimana yang digembar-gemburkan media.

"itu bukan Dyana. Dyana dan Zairil tidak bercinta," katanya yang dipetik Sinar Harian.

Menurut Yammy, penyebaran gambar 'intim' itu adalah untuk mencemarkan nama anaknya yang menyertai DAP.

Katanya, insiden ini juga adalah bagi mengalih perhatian orang ramai terhadap isu lebih besar yang melanda negara ketika ini.

"Jika orang boleh melakukan perkara sama terhadap Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, apa lagi kepada Dyana. Ini bukan perkara baru, perkara sama pernah berlaku di Teluk Intan.

"Secara logiknya, sebagai ahli parlimen yang dihormati, adakah Zairil sanggup melakukan perkara sedemikian yang boleh merosakkan imejnya?," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana