Hina PM: Omar Din "Mohon Maaf" Pada IGP, Arah Anak Buah Cari Lelaki India Sampai Dapat!

"Maaf Tan Sri Khalid (IGP), itulah ayat terakhir dari status bergambar yang dimuat naik oleh mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah, Mahaguru Tan Sri Omar Din Mauju, di laman sosial Facebooknya baru-baru ini.

Gambar yang memaparkan seorang lelaki India berlaku biadap dengan meletakkan kasut pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah cukup membuat mahaguru silat itu mengarahkan anak-anak buahnya mencari lelaki tersebut.

"KEPADA SEMUA ANAKANDA2 SEKELIAN DAN RANGKAIAN2 AYAHANDA, TOLONG CARI INDIA INI SAMPAI DAPAT, TIDAK SEPATUTNYA DIA MELAKUKAN PENGHINAAN SEDEMIKIAN RUPA PADA PM KITA, KALAU KITA BERPOLITIK, POLITIKLAH TAPI INI BUKAN CARANYA. CARI DIA SAMPAI DAPAT. MAAF TAN SRI KHALID (IGP)," kata Omar Din yang dipetik dari laman sosial tersebut, baru-baru ini.

Dipercayai gambar berkenaan dirakam dalam satu perhimpunan haram di ibu negara baru-baru ini berhubung bantahan kenaikan harga petrol yang dilihat lebih bermotifkan politik.

Anak mahaguru silat itu, Datuk Megat Omar Din sebelum ini pernah bertindak menyerang bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, ekoran kenyataan mendiang yang menghina dan mendakwa Pemuda UMNO menghantar peluru padanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana