Himpunan Anjuran GAMIS Tiada Sambutan....Inilah BARUA PR


PUTRAJAYA 17 Okt - Himpunan Mahasiswa Tuntut Pilihan Raya Kampus Bersih dan Adil yang telah diadakan di perkarangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GEMIS) pada hari ini tidak mendapat sambutan apabila dianggarkan hanya 15 orang sahaja menghadiri himpunan tersebut.

Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Mohd Najib Abdul Rahim berkata himpunan yang telah diadakan pada hari ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pilihan raya kampus yang lebih bersih dan adil.

"Kita mahu semua pihak tahu terutamanya KPM, Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kampus bahawa berikan kami pilihan raya kampus yang bersih dan adil. Kami akan berkerjasama dengan anda.

"Jika kamu mahu bermain kotor bersama kami, maka kami tidak teragak-agak untuk berkonfrontasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Pengarah Bahagian Permohonan Mahasiswa, Tuan Ibrahim disini, hari ini.Menurut Najib, pihak kementerian memberi jaminan bahawa akan memberikan memorandum yang mengandungi tuntutan GAMIS kepada pihak yang lebih tinggi.

Katanya, pihak GAMIS akan membuat himpunan lebih agrasif sekiranya KPM tidak memberi sebarang tindak balas.

"Kita mahu jawapan daripada pihak kementerian dalam masa satu minggu. Kami tidak teragak-agak untuk membuat satu tindakan yang mungkin diluar jangkaan," katanya.

Sementara itu, Presiden GAMIS, Abdul Malik Abdul Razak berkata beliau menyokong tindakan Pengerusinya itu sekiranya pihak kementerian tidak menghiraukan memorandum yang telah diserahkan pada hari ini.

"Sekiranya jelas kementerian dan HEP membuang memorandum kami yang mengandungi permintaan kami itu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana