GST Hanya Pertahan Golongan Mahakaya - Anwar...Lihat Video Ini Pula

KUALA LUMPUR 14 Oktober - Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa UMNO mempertahankan golongan mahakaya dalam pembentangan bajet 2015.

Anwar berkata, Cukai Keuntungan Modal atau Capital Gains Tax (CGT) lebih baik berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015.

"CGT lebih mudah kerana ia meyentuh satu kelompok mahakaya yang kecil dan dilaksanakan oleh banyak negara.

"Sekarang ini ada dikalangan mahakaya enggan dikenakan cukai. Mereka mengaut keuntungan berlebihan dalam keadaan ekonomi yang baik dan keuntungan mereka berlebihan, kenapa tidak dikenakan cukai?," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen permatang Pauh menjelaskan, hasil kutipan CGT juga dilihat tidak setinggi GST namun ia disifatkan lebih adil sekali gus memberi lebih kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah.

"Saya kurang mengerti mengapa begitu kuat bantahan untuk mencukai orang kaya dan begitu senang mendukung apabila GST dikenakan kepada semua rakyat.

"Saya juga menghadapi kesukaran untuk memahami, melainkan parti itu prti kapitalis parti orang kaya," katanya.

Semalam Anwar turut mempertahankan CGT ketika membahaskan Bajet 2015, Anwar menjelaskan beberapa laporan awal termasuk jumlah isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang RM3,000 sebulan menjadi landasan kepada hujahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana